Skip to main content

My First Ear Piercings Experience

Assalamualaikum.

Hai.

Nak cerita sikit la kan pengalaman kali pertama tindik telinga. Sebab semalam tengok Insta story Jipah, dia bawak adik dia yang umur 6 tahun tu pergi tindik telinga. Tak semena-mena dapat idea pula kan nak cerita pengalaman tindik telinga aku dekat sini.

Ni pula penembak tindik telinga. Sebenarnya ada banyak jenis penembak ni.

Kisah bermula masa tu raya tahun 2007 masa tu aku umur 10 tahun. Pagi tu aku, Umi, nenek, Kaklong dengan sorang cousin perempuan pergi kedai emas sebab Nenek nak beli gelang kot kalau tak silap (I barely remember). Kebetulan yang cousin aku tu (umur 5 tahun) nak tindik telinga dekat situ. Aku ni pula memang dah lama sangat teringin nak tindik telinga. Sejak tadika lagi menguja nak tindik telinga, sebab Umi dengan Kaklong semua dah tindik.

Tapi dalam pada nak tindik tu, ada juga rasa takut. Sebab takut sakit la kan. Cousin aku jadi orang pertama untuk tindik. Tengok dia tak nangis dan nampak macam tak sakit, eh takkanlah aku yang lebih tua ni tak boleh kan?

Jadi aku nekad je nak tindik juga. Haaa masa auntie kedai tu tengah sapu alcohol swab tu, dup dap dup dap je jantung aku. Haahaha. Lepas tu dia tandakan telinga aku dengan marker pen. Dah tanda dia terus capai penembak telinga tadi. Eh, pucat lesi muka aku.

TAP! Bunyi autie tu tarik penembak (macam bunyi orang tekan stapler gun) Selamat dah telinga sebelah kanan bertindik, tinggal yang belah kiri je. TAP! Kali kedua. Maka selamat sudah semuanyaa.

Paling menarik tapi pelik, kenapa tak ada darah eh? Nak kata sakit tu, ada lah sikit. Aku pun tak berapa ingat sangat dah. Tapi bila balik rumah tu suka la sebab dah tindik kan? Memang dah berangan la nak pakai subang lawa-lawa semua.

Dari segi penjagaan telinga pula, biasa je. Seminggu yang pertama, aku elakkan daripada kerap terkena air. Kalau terkena tu cepat-cepat keringkan. Takut infection ke apa kan? Alhamdulillah tindik tu menjadi elok je. Lepas 3 bulan, Umi belikan subang baru. Yeayyyy!

Nak tau macam mana penembak tu berfungsi? Boleh tengok dekat video bawah ni.

Sumber : Youtube.


Comments

Popular posts from this blog

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA PEDAS macam ni,