Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Resepi Ayam Masak Kunyit Untuk Nak Orang Kurus

Hi. Wah kemain panjang lagi tajuk. Haa macam mana dengan hari keempat puasa? Masih steady ke tidak? Jangan risau saya masih bersama anda. Teruskan usaha! Ingat niat puasa kerana Allah sebab puasa itu benda wajib jadi taklah kita rasa puasa ni satu bebanan. Ok-ok, kalau entri lepas aku share idea untuk sahur kan? Kali ni nak share resepi untuk buat juadah berbuka pula. Yang pasti sememangnya diet-friendly ya kawan-kawan, jangan risau. Ya Allah. Sedapnya masih teringat lagi rasa dia. Sedap teruk! Bahan-bahan: 1/4 bawang holland 1/2 limau kasturi 2 ulas bawang putih 1 inci halia Cili padi (ikut suka nak letak banyak mana. Nak ganti guna cili merah pun boleh) Dada ayam dipotong dadu Salt & pepper * Serbuk kunyit * Cajun * 1 tsp minyak kelapa (coconut oil) * Cara-cara:  Gaulkan ayam dengan bahan-bahan bertanda * sampai sebati dan biarkan selama 5 minit Panaskan non-stick pan (api kecil) dan masukkan ayam yang dah diperap 5 minit tadi. Le

Resepi Sandwich Telur Avokado

Hi. Selamat menyambut bulan Puasa! Bosan asyik sahur menu yang sama je? Ok jom try buat sandwich telur avocado (Avocado Egg Sandwich). Sedap tau. Paling penting kenyang sampai berjam-jam. Protein, karbohidrat, lemak baik semua cukup dalam satu serving sandwich ni tau. Sangat-sangat sesuai untuk orang yang diet. Lebih-lebih lagi bulan puasa ni tenaga kena lebih sikit nak sampai ke Maghrib tu. Fuhhh menguji iman. Terliur pula tengok sandwich ni.  Bahan-bahan: 2 keping roti wholemeal 1/4 avocado 2 biji telur rebus (ambil putih je) - kalau makan kuning telur, guna sebiji telur je 1 tbsp lemon 1 tsp mustard Salt & pepper Paprika Cara-cara: Toast kan roti dalam non-stick span. Bagi dia crunchy dan ketepikan. Lenyekkan avocado sampai hancur Sagat telur rebus dan campurkan dengan avocado tadi Kemudian masukkan perahan lemon, mustard, paprika, salt & pepper. Gaul sampai sebati Susun salad atas roti kemudia letakkan bahan avocado yang bercampur roti atas sala

Resepi Pancake Oat dengan Topping Yogurt Strawberry

Hi.  Kalini nak share pula resepi sarapan pagi yang sihat. Gitew. Kita ni kena menuju kearah hidup yang lebih sihat. Cukup-cukuplah asyik sarapan roti canai la, nasi lemak la, mee goreng la, lontong la. Tak muak ke? Makanan sihat pun sedap tau sebenarnya.  Cuma kita je la kena pandai macam mana nak menggayakan. Paling penting kena kreatif nak olah resepi tu. Tipu je sape yang cakap makanan diet tak sedap. Straight forward terus pada resepi ok.  Weh sedapnya. Bahan-bahan pancake: Rolled oats Pisang Susu almond Putih telur (nak ambil dengan kuning sekali pun ok je. Tapi sebab aku tengah on caloric deficit, aku tak letak kuning telur) Esen vanilla Bahan-bahan topping:  Greek yogurt / plain yogurt / low fat yogurt (kalau untuk kurus, pilih yang paling low calorie) Buah strawberry Cara-cara buat pancake: Blend semua bahan-bahan untuk pancake. Sampai jadi macam adunan barter pancake. Panaskan non-stick pan dan tuang barter tadi mengikut saiz pancak

Resepi Chicken Wrap Diet

Hi. Harini nak share resepi best. Khas untuk orang yang diet dan nak makan eat clean. Bahan-bahan pun simple je nak buat pun senang tau. Macam ni la rupa wrap itew. Gemuk sampai tak boleh tutup sebab isi banyak! Bahan-bahan: 1. Wholegrain wrap  2. Salad Aku guna brand mission ni. Sedap! Salad ikut 1 serving je. 3. Bahan inti: Isi ayam* Bawang holland* Lada benggala* Lobak merah* Tomato* Cajun Blackpepper Paprika Olive oil (untuk tumis) Sedikit air Garam (optional) - sebab aku kalau masak lauk eat clean yang dah ada sauce memang tak letak garam.  4. Bahan sauce: Mayonis Mustard Sedikit air perahan lemon (taknak bagi dia pekat sangat) Ni je bahan untuk sos. Simple kan? Tapi sedap teruk. Cara-cara: 1. Panaskan wholegrain wrap tu dan ketepikan. Tak kisah nak panaskan dalam oven ke, microwave ataupun atas non-stick pan. Yang penting jangan letak minyak. Nama pun healthy.  2. Potong dadu untuk bahan-bahan yang bertanda