Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Tips Mengetahui Body Mist Victoria Secret Original atau Bukan Original

Assalamualaikum.           Malam ni nak santai-santai je share tips body mist original ataupun bukan original. Tapi aku lebih spesifik pada jenama Victoria Secret sebab aku pengguna tegar body mist Victoria Secret. Tapi sebelum tu aku nak bagitau sikit tentang perbezaan body mist dengan Eau De Toilette (EDT). Ada beza ya kedua-dua benda ni. Sebab sebelum ni aku pun tak tau beza, semua yang dalam bentuk spray yang berbau wangi, aku bantai panggil perfume. Hahahha. Body Mist : Lebih kurang macam cologne. Bau dia hanya boleh bertahan 4-6 jam sahaja Ini adalah rupa body mist. Jenis yang aku selalu pakai. (Yang Pure Seduction tu wangi bhai) Eau De Toilette (EDT) : Ini barulah perfume. Bau dia boleh tahan 6-8 jam. Jauh lebih lama daripada body mist. Ini pula rupa EDT. Saiz lebih kecil berbanding body mist.  Tapi harga lebih kurang. Yang best, bau tahan lebih lama. Kat bawah ni aku akan kongsi beberapa tips untuk membezakan Victoria Secret (VS) original a

Minggu Destini Siswa UITM Lendu

Assalamualaikum.           Dua hari lepas, bertarikh 27 Mei 2016 tamatlah sudah Minggu Destini Siswa (MDS) untuk semua pelajar baru UITM sesi Jun-Okt 2016 seluruh Malaysia. Alhamdulillah, secara rasminya sekarang aku dah jadi pelajar UITM Melaka (Kampus Alor Gajah) - atau lebih famous, orang panggil UITM Lendu. Jangan lupa #lalalalendu #mdslendu untuk tengok betapa awesomenya MDS kitaorang di laman sosial ok? Seriously banyak gila benda yang aku nak share sepanjang 4 hari MDS dekat sana. Pahit manis masam masin semua ada. Sejujurnya aku cakap, aku dah mula rindukan MDS. Kalau boleh nak sambung lagi seminggu. Even penat gila, tapi worth it. Sebab kenangan ni kau takkan dapat kat mana-mana tau. Sekali seumur hidup je.           Disebabkan banyak sangat nak cerita, aku akan cerita ikut flow dari hari pertama daftar sampai hari terakhir MDS. Perhatian, kemungkinan entri ini panjang, jadi jangan setakat scroll je. Get the feeling! Hari Pertama / 24 Mei 2016             Seawal puku

Persiapan ke UITM Lendu, Alor Gajah

Hai.           Entri ni, dibuat khas untuk mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke UITM. Terutamanya UITM Lendu (wajiblah promote universiti kita). Selain dijadikan sebagai kenangan untuk disimpan, harap dapat jugaklah membantu korang. : First thing first yang paling penting, settelkan semua keperluan dan dokumen-dokumen yang pihak universiti nak. Tu sangat-sangatlah WAJIB. Sebab kalau tak lengkap, kemungkinan pendaftaran awak akan direject. Sentiasa pastikan semua dokumen-dokumen yang perlu disahkan tu, sahkan awal-awal ok? Sebab kalau tak disahkan pun kena reject juga. Hmm. Senarai semak dokumen nanti dia ada bagi. Jangan risau ok?           Kalau cakap pasal senarai barang memang banyak gila tau. Semua benda kita rasa WAJIB bawak. Kalau boleh nak bawa rumah dengan segala isi dia tau! Untunglah aku dapat dekat Melaka, tak jauh sangat dari rumah Senarai makanan dan bekas : Biskut-biskut Milo / Nescafe / Oat / Nestum (tak kisah) Air mineral satu kotak (nak beli

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka

Resipi : Apam Balik Gebu

Hai.           Semalam aku attempt buat apam balik homemade. Selama ni asyik beli yang kat pasar malam je. Kali ni, cuba buat sendiri pula. Memang langsung tak pernah buat apam balik. Kalau buat sendiri boleh letak banyak inti. Nyam nyam. Umi memang berpuas hati dengan apam balik yang aku buat. Walaupun rupa tak seberapa (tak jadi bulat macam kat pasar malam) tapi rasa sedap! Apam balik tu pun lembut dan gebu je. Langsung tak keras ataupun liat bila dah sejuk. Bahan-bahan barter: 2 cawan tepung gandum 1/4 cawan gula 1/2 sudu kecil baking soda 1/2 sudu kecil baking powder Sedikit pewarna kuning 1 biji telur gred A 1 cawan susu cair 1/2 cawan air masak 3 sudu besar minyak (aku pakai minyak jagung. tak kisah pun minyak apa) Garam secukup rasa Bahan-bahan filling : Gula Kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk Jagung krim dalam tin Coklat rice (kalau suka) Cara-cara: Masukkan semua bahan-bahan barter kedalam satu bekas dan gaul rata. Blender semua ba

Product Review : IV Mist Aromatic Nano Oil

Hai!           Harini nak share satu produk best! Satu produk yang boleh merawat dan memulih semua masalah kesihatan. Cakap je ada sakit apa, Insya Allah, dengan guna je produk ni terus sembuh. For sure la untuk kita tahu produk tu betul-betul bagus ataupun tak, kita tengok testimoni. Kalau testimoni meletups, kita try. Haa jangan dengar cakap orang. Yang penting kita try dulu.           Macam aku, niat aku nak cari duit poket je. Tiba-tiba bila tengok dia punya testimoni semua bagus-bagus, terkesan jugak kat hati. Tak fikir apa, terus grab sebotol. Pagi tadi baru sampai barangya (abang Skynet hantar pakai motor). Lepas mandi je terus sembur kat tangan lepastu sapu kat muka yang ada bekas jerawat. Tak semena-mena aku tertidur. Bangun tidur rasa macam parut tu dah pudar je. Puas jugaklah belek cermin. Yekye je. Tapi serius memang dah pudar. Tak sampai 24 jam kot! Jeng jeng ni aku punya. Sedap sangat bau dia. Nak? Beli yang lain. hahhaa Minyak IV Mist ni bukan setakat

Dapat Invitation Daripada Rina Salleh

Hai.           Bangun je tidur pagi ni tengok ada email masuk. Fuhh seronoklah nak buka. Padahal taktau pun isi kandungan email tu. Bila buka je... Cukup tak untuk rasa terkejut dengan satu invitation nih? Malangnya, aku tak dapat nak pergi disebabkan ada hal lain. Sedihnya hati. Bukan rezeki lah kot. Rasa excited sebab ni event pertama aku sebagai blogger. Tapi tak dapat nak pergi. Nak hantar wakil (abang aku) dia busy kerja. Kalau hujung minggu boleh la dia jadi wakil sebab dia pun kerja dalam bidang media ni.            Oh, lagi satu event nya esok. Aku dapat pagi tadi. Haihh, kalau dapat lebih awal, mungkin boleh consider kot. Masih terkilan sebenarnya sebab tak dapat pergi. Takpelah, aku mampu tengok je gambar koleksi busana Rina Salleh. Buat pengubat hati. Eh lawanya koleksi Rina Salleh ni oi. Tak tergamak nak tunjuk semua. Bukan setakat lawa murah pulak tu. Mampu-milik. Pergi jenguk cepat, mana tau ada yang berkenan buat koleksi raya nanti. Korang perg

Ubat Boleh Potong Tak?

Hai.           Pernah terfikir tak yang ubat ni boleh dipotong ataupun tak? Jawapan aku ialah, boleh. Sebab dulu aku pernah tengok Umi dengan Ayah potong ubat sebelum makan. Tapi tak pernah pula aku fikir kesan baik dan buruk bila potong ubat. Bagi yang tak tahu, ubat ialah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk rawatan, pencegahan dan diagnosis penyakit. Oh, sebelum tu aku nak share jenis permukaan ubat biji yang kerap kita jumpa : Sugar coated (disaluti gula khas) - Berfungsi untuk mengelakkan rasa pahit apabila ditelan Slow release tablet (diambil sekali sehari sahaja) - Dicipta untuk melambatkan proses serapan ubat di dalam badan Chewable tablet - Sejenis ubat yang boleh dikunyah terutama penyediaan ubat untuk kanak-kanak. Enteric coated - Dicipta khas supaya pengeluaran ubat berlaku di dalam perut sahaja, bukan di salur pemakanan yang lain.           Jadi, macam mana sebenarnya kita nak tahu, ubat tu boleh dipotong ataupun tidak? Kebanyakan ubat yang mempunyai t

Pengalaman Pertama Berbekam

Hai.           "Berbekam itu sunnah. Dapat pahala tau, asalkan niat kerana Allah" itulah ayat penyedap hati setiap kali Kak Wana ajak bekam. Oh, bukan Kak Wana je, Umi pun. Bukan tak teringin, tapi pintu hati belum terbuka. Lagi satu, aku tak takut jarum. Kalau takut, takkanlah aku minta derma darah dulu (dua kali cuba tapi tak lepas faktor tekanan darah rendah). Sejujurnya, aku memang langsung tak pernah berurut ke apa ke. Senang kata badan aku ni tak pernah disentuh sesiapa (eh, jangan fikir yang bukan-bukan eh). Even Umi sendiri tak boleh nak sentuh sebab aku ni jenis tak tahan geli. Boleh dikatakan satu badan ni tak boleh disentuh sebab aku ni mudah kegelian. Hahahah. Kadang-kadang kalau badan sakit-sakit ke, lenguh ke, aku lebih rela tahan sakit daripada kena urut ataupun sapu minyak. Sampai macam tu sekali weh.           Sampailah semalam, aku kuatkan diri overcome aku punya penyakit geli. Aku takde penyakit apa-apa pun. Saja nak try berbekam. Orang duk kata sed

Resipi : Asam Pedas Kimchi

Hai.           Aku nak share lagi satu resipi sedap. Makanan Melayu campur dengan makanan Korea. Barulah International. Asam pedas Kimchi ikan. Biasakan kalau masak asam pedas mestilah letak asam kan? Tapi kali ni kita ganti asam dengan Kimchi. Sifat dia sama je, dua-dua pun masam. Kalau nak tahu sedap tak sedap, kenalah try buat. Tapi bagi aku, memang sedap weh! Bahan-bahan: Bawang merah* Bawang putih* Cili kering (dah direbus)* Secubit belacan* Ikan (apa-apa jenis ikan pun tak kisah) Kimchi Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Air Cara-cara: Kisar bahan yang bertanda * Panaskan periuk, letak minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak/garing Masukkan ikan gaul-gaul, dan masukkan air (kalau suka pekat letak sikit. Kalau suka cair letak banyak). Biarkan sehingga mendidih Masukkan garam dan Kimchi (secukup rasa. biar ada rasa masin garam dan masam Kimchi.) Biarkan mendidih dan SIAP! Ni dia rupa asam pedas Kimchi. Tengah Mengge

Resipi : Sos Bibimbap

Hai.           Entri yang lepas  aku ada cerita beli Kimchi dan Gochujang kan? Ok, kali ni nak share resipi simple tapi sedap. Pernah dengar Bibimbap? Kalau yang suka makanan Korea dan gila Korea tahulah. Tapi nak buat yang sebiji macam bibimbap Korea memang tak la. So, kita buat yang simple-simple je. Nasi putih, telur mata goyang, Kimchi dan sos bibimbap. Done! So, aku nak share macam mana nak buat sos bibimbap yang sedap. Bahan-bahan : 100g daging hancur 1 sudu kicap 1 sudu minyak bijan 1 sudu chopped garlic 5 sudu gochujang Garam secukup rasa Secubit gula (pengganti MSG) Olive oil (untuk menumis) Bijan Cara-cara: Perapkan daging hancur bersama minyak bijan dan kicap selama 15 minit. Panaskan frying pan, masukkan sedikit minyak dan tumis chopped garlic Masukkan daging yang telah diperap dan masak sehingga kering  Kemudian masukkan Gochujang dan gaul sebati Perasakan dengan garam dan sedikit gula Tutup api dan taburkan bijan di atas sos tersebut. Sia

Drama Review : Descendants of the Sun

Hai.           Perasan tak sekarang ni tengah famous drama Descendants of the Sun? Bagi yang kaki drama Korea tahu la. Tapi kalau tanya Umi aku, bukan dia tahu pun. Hahahaha. Yang masih tak tahu tentang cerita tu, ataupun tahu tapi masih belum tengok. Cepat-cepat pergi tengok ok? Worth to watch. Aku dah ulang 3 kali. Hahahaha. Sebab susah nak move on bila cerita dah habis T.T Untuk sesiapa yang masih tak tahu cerita ni kisah percintaan antara Doktor dengan Askar. Aih, memang sweet gila la. Dia punya main lead Song Jong Ki (memegang watak sebagai Captain Yoo Si Jin) dengan pasangan dia Song Hye Kyo (memegang watak sebagai Doctor Kang Mo Yeon). Second lead cerita ni pun best jugak. Ish, semuanya best la! OST dia pun best juga. Aku download semua lagu dia kot. Siap burn kat CD, kot-kot sambil drive boleh dengar ke.         Scene yang takleh lupa. Hmm setiap scene pun takleh lupa.           Selain daripada feeling sweet tengok drama ni, banyak sebenarnya pengajaran yang boleh

Product Review : Kimchi Halal

Hai.           Aku ni memang dah lama sangat teringin nak makan makanan Korea tau. Ni semua sebab pengaruh Running Man. Tapi aku tau payah nak dapat Korean food yang betul pure rasa Korea melainkan kau pergi sendiri negara dia. Adalah satu hari ni, aku terscroll Fb  Farah Lee  . Scroll punya scroll ternampak pula satu post ni dia promote kawan dia punya bisnes. Kawan dia tu jual bahan masakan Korea macam Kimchi, Gochujang (chilli paste), Gochukaru (chilli flakes), Miyeok (dried seaweed) eh macam-macam lagilah. Nanti boleh tengok sendiri.           Oleh kerana aku ni memang dah lama teringin sangat nak merasa semua benda di atas, aku pun terus PM admin. Tapi malangnya, stok tengah takde so dia suruh aku tunggu next batch kalau nak order. Tak kisahlah. Aku pun scroll lagi dan lagi. Sampailah...jeng jeng jeng Aku terjumpa dia punya agen area JB. So aku pun stalk la pula agen dia tu. Haa kalau setakat JB senang sikit sebab aku tiap-tiap bulan pun turun JB (rumah kakak). Kebetula

Kebaikan Minum Ais atau Air Sejuk

Hai!           Panasnya cuaca sekarang ni kan? Adui tak menahan. Lagi-lagi bila dah tengah hari lepastu duduk dalam kereta. Rasa macam kena panggang tau! Kuatkan hati cakap, "Takpe Aishah, ni panas dunia. Akhirat lagi panas. Sejengkal je!"            Tapi kadang-kadang dek kerana bisikan syaitan, kadang-kadang termengeluh jugak. Haih la manusia. Yang penting kena minum air masak banyak-banyak ok (2 liter at least). Berbalik pada topik asal. Orang kata tak elok minum ais. Betul ke? Jom kita tengok rahsia dan kelebihan Ais. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebig cepat membiak.  Air sejuk dapat membantu pesakit insomnia agar dapat kembali tidur dengan selesa. Orang yang tidur dalam udara sejuk dan berselimut adalah kombinasi terbaik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh. Mengunyah ais akan menguatkan gigi seseorang dan makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa ja

Kenduri Kahwin Business Partner

Hai.           Bulan April yang lepas merupakan bulan yang paling busy bagi aku sekeluarga. Memang jarang lekat kat rumah. Asyik turun naik JB je. Sibuk dengan interview, lepastu ada kenduri kahwin bisnes partner pula. Nak dijadikan cerita, aku kenal kak Rashidah ni melalui whatsapp je. Tak pernah jumpa pun. Asal perkenalan kitaorang, dia daftar jadi ahli Powergold bawah aku. Masa mula-mula dia join ahli dalam sebulan yang pertama tu aku agak frustrated jugalah. Sebab aku tengok dia senyap je. Tak pasti sama ada dia ok ke tak dengan bisnes ni. Sampai aku stalk Fb dia, tengok takde pun cerita pasal emas. Kiranya macam risau la kenapa dia tak aktif.           Tak lama lepas aku cakap dengan Umi tentang kak Rashidah yang sepi, tiba-tiba dia whatspp cakap nak beli emas 1g Goldbar dengan cincin Chanel. Oklah, lega jugaklah tengok dia dah start membeli. Tak sampai seminggu dia whatsapp lagi cakap nak beli 10g Goldbar pula. Kau rasa tak terlalu advance? Aku yang masa tu baru join 2 bu

Cita-cita Awak Apa?

Hai.           Dulu-dulu masa kecik kalau cikgu tanya dah besar nak jadi apa kemain lagi semorang jawab. Nak jadi Doktor, Pilot, Askar, Penyanyi, Peguam, eh macam-macamlah kerjaya yang hebat-hebat belaka. Bila cikgu tanya kenapa nak jadi semua yang di atas? Nak duit banyak, nak tolong orang, dan sebagainya la jawapan budak-budak kan. Bila masuk sekolah rendah cita-cita tu maintain lagi. Sampailah bila kau dah masuk sekolah menengah. Time tu iman nak belajar dah goyah. Hahahah. Kau masih berimpian nak jadi manusia hebat, mempunyai cita-cita tinggi, nak belajar sampai menara gading. Tapi. Tapi. Tapi. Usaha kau tak segah cita-cita. Haa tulah masalahnya. Sebab aku pun mengalami benda yang sama termasuklah kawan-kawan seperjuangan aku yang lain.           Jadi,sekarang ni bila orang tanya cita-cita apa? Aku cuma mampu sengih je. Sebab, kalau aku kata nak jadi Doktor, tapi tiba-tiba dekat Uni ambil kos sastera. Kau rasa jadi ke doktor? It was like unpredictable tau. Lagilah zaman sek

Temuduga Penolong Pegawai Farmasi

Hai.           Selamat datang ke blog asing ini. For sure awak datang sini sebab dapat temuduga SPA bahagian Separa Perubatan kan? And for sure jawatan yang awak pilih ialah Penolong Pegawai Farmasi. Ok, terima kasih sebab sudi singgah. Harap entri ini dapat membantu untuk awak prepare apa yang patut. Oh, sebelum tu, tahniah ya sebab berjaya dalam Peperiksaan Online SPA. 1 April 2016          Tarikh aku dapat panggilan surat temu duga tersebut. Syukur Alhamdulillah. Disebabkan ada lagi 19 hari untuk prepare, maka macam-macam benda keluar dalam kepala. "Apa nak prepare?' "Soalan apa dia akan tanya?" "Penemu duga tu agaknya macam mana?" and so on. Langkah pertama, aku whatsapp cousin dengan kawan aku. Sebab dorang berdua dah pass interview dengan jayanya dan sekarang tengah belajar dalam bidang nursing. Sambil-sambil tu ada jugalah aku cari bloggers yang dah ada pengalaman interview separa perubatan SPA ni (macam yang awak tengah buat ni)