Skip to main content

Resipi : Apam Balik Gebu

Hai.

          Semalam aku attempt buat apam balik homemade. Selama ni asyik beli yang kat pasar malam je. Kali ni, cuba buat sendiri pula. Memang langsung tak pernah buat apam balik. Kalau buat sendiri boleh letak banyak inti. Nyam nyam.

Umi memang berpuas hati dengan apam balik yang aku buat. Walaupun rupa tak seberapa (tak jadi bulat macam kat pasar malam) tapi rasa sedap! Apam balik tu pun lembut dan gebu je. Langsung tak keras ataupun liat bila dah sejuk.

Bahan-bahan barter:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur gred A
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan air masak
  • 3 sudu besar minyak (aku pakai minyak jagung. tak kisah pun minyak apa)
  • Garam secukup rasa
Bahan-bahan filling :
  • Gula
  • Kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk
  • Jagung krim dalam tin
  • Coklat rice (kalau suka)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan-bahan barter kedalam satu bekas dan gaul rata.
  2. Blender semua bahan-bahan barter yang telah rata sehingga tiada ketul-ketul
  3. Perap selama 1-2 jam (at least sejam sebab nak kasi dia lembut)
  4. Lepas dah sudah perap, panaskan kuali non-stick, sederhana panas. Masukkan adunan barter ikut ketabalan yang disukai.
  5. Bila dah agak ada gelembung kecil, taburkan gula.
  6. Bila dah agak kering, taburkan kacang tanah
  7. Kemudian, letakkan jagung krim dan boleh terlangkupkan dan angkat
Ni rupa barter bila dah dikisar. Haluskan teksturnya?

Ni pula bila dah tepek dalam non-stick frying pan.
Eh, jangan kecam bentuk dia ok. Kau belum rasa lagi.

Tabur semua filling. Wahh, pemurah filling betul aku. 
Hahahah.

Resipi apam balik ni aku jumpa kat Fb. Terima kasih kepada owner resipi sebab bagi resipi yang betul dan sedap. Aku share dekat blog, kot satu hari nanti resipi nya hilang ke apa ke. Dan semestinya, aku nak korang pun try buat. Sedapp! *thumbs up*

Comments

Popular posts from this blog

Giveaway Time By Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum. Giveaway kali ini merupakan giveaway kedua yang aku buat, dan akan dijalankan selama 2 minggu. Yeayyyy, tepuk tangan. Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni rasanya nak share dekat para blogger semua. Aku harap, ramailah yang sudi nak join giveaway aku ni. Hadiah kali ni istimewa sikit sebab korang berpeluang dapat 1 set produk kecantikan organik. Eksited tak? Selain tu, 2 helai wide shawl akan diberikan pada pemenang-pemenang yang bertuah. Klik banner untuk join.  Hadiah produk kecantikan organik ini ditaja oleh  Qayra Signature  . Di mana, produk-produk Qayra ni semuanya diperbuat daripada bahan-bahan organik yang semestinya halal dan selamat. Manakala, hadiah wide shawl pula ditaja oleh aku sendiri, sebagai tuan punya blog. Set produk kecantikan : 1 Turmeric Cream, 1 Turmeric Soap & 1 Organic foundation. Syarat Wajib Giveaway Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Time by Aishah Badrulhisham" Follow blog :  Ais...

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

First Giveaway By Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirahim . . .           Hai semua. suka tak nak dapat hadiah? suka tak? ye, Ai pun suka. tak kisah la orang nak bagi hadiah apa pun Ai suka je. haha. Disebabkan Ai ni suka dapat hadiah, so harini Ai nak buat GA pertama Ai. nak bagi korang hadiah pulak. Harap awak-awak semua sudilah nak join GA Ai yang pertama ni ye. Ai pun tak sabar nak bagi hadiah best kat awak semua tau (sebab I love you) heheh Hadiah: Hadiah-hadiah Misteri x 5 Pemenang Mula: 20 Mac 2015  // Tamat: 3 April 2015 Syarat-syarat untuk join GA: Tulis entri yang bertajuk 'First Giveaway By Aishah Badrulhisham' Copy paste banner dan back link kan banner ke sini Follow blog :  Aishah Badrulhisham Follow instagram:  @ashh_bh  / @ephyrajb_kadeeja  /  @ainaisham    Add facebook:  Ct A'esha  /  Ummie Thaqifalauddin  /  Aina Isham Tinggalkan url di rua...