Skip to main content

Resepi Kurma Milkshake Sedap

Assalamualaikum.

Hai.

Bulan puasa dah lama pergi. Tetiba rasa rindu pula kan nak puasa? Kadang-kadang rasa terlupa  yang kita ni dah raya. Sampai bila masak untuk makan malam, sanggup tak rasa kuah tu masin ke tawar ke, sebab ingat masih puasa.

Sepanjang puasa haritu, aku selalu berbuka dengan air kurma milkshake. Resepi kurma milkshake tu aku dapat dekat Facebook. Kebetulan semua bahan pun memang ada dekat rumah, so apa lagi, buat je la. Memang sedap sangat rasa dia. Lepas minum rasa sangat bertenaga, kalau nak minum waktu sahur pun boleh.

Kurma milkshake ni sangat bagus terutama untuk student macam aku ni. Selain daripada bagi tenaga, boleh buat ingatan jadi lebih kuat. Memang tak rugi kalau cuba buat.

Bahan-bahan :


  • 5 atau 7 biji kurma
  • Satu cawan air panas
  • 2 kotak kecil susu 
  • 2 sudu kecil madu
Cara-cara :
  1. Rendam kurma (dah buang biji) di dalam cawan yang berisi air panas dan biarkan selama 30 minit.
  2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan dan blend sehingga sebati.
  3. Tapis air tersebut sebelum dituangkan ke dalam cawan (untuk tapis hampas kurma)
  4. Siap untuk dihidang!



Aku tak ada blender milkshake tu. Blender gini je mampu. Tapi kalau blender untuk masak aku guna yang lain. dekat rumah memang ada dua blender. Jangan korang fikir aku guna blender yang sama pula untuk buat masak dan buat air. Hahahah.

Comments

Popular posts from this blog

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA PEDAS macam ni,