Skip to main content

180 Hari Dengan Shaklee Vita-C Plus

Salam.

Hari ni rasa terpanggil nak share satu produk bagus yang sekarang ni tengah sangat sangat famous. Buka Instagram, Facebook semua nampak orang share tentang kebaikan Shaklee. Nak dijadikan cerita, lately ni aku ada masalah jerawat pasir tau. Tahap degil pulak tu, biasanya bila sapu krim kunyit tu cepat je dah hilang. Ni dia punya tahap degil dahsyat gila.

Aku pun mengadu la dengan akak aku sebab taktau nak buat macam mana lagi. Kakak aku ni dia memang sangat pro bab-bab kecantikan ni. Tanya je la dia produk apa yang bagus untuk sapu, makan dan etc, semua dia tahu. Founder produk la katakan.

Dia pun syorkan la aku untuk makan Vitamin C Shaklee ni. Pada awalnya aku memang tak rajin nak makan pil-pil ni. Kalau jenis yang collegen bancuh tu telan jugakla. Pulak tu kat rumah ni memang ada stok Vitamin C tu, Umi yang makan. Selama ni tak ambil kisah pun. Tapi lepas kakak aku dah syorkan, aku kongsi la vitamin tu dengan Umi sementara nak order yang aku punya sendiri.



Alhamdulillah, dah sebulan aku makan vitamin tu. Langsung tak pernah skip makan setiap malam sebelum tidur. Di samping tu, aku minum air mineral dengan banyak setiap hari. Lama-lama aku perasan jerawat pasir tu dah makin kurang. Bukan tu je tau, aku rasa kulit aku macam lebih lembut dan lebih cerah. Siap berlawan-lawan dengan Umi tengok kulit siapa lagi cerah.


Haa macam ni la rupa tablet vitamin tu. Rasa dia ok je, masam-masam sikit. Memang berbaloi la dia punya hasil dengan harga untuk sebotol ni. Tahan sampai 6 bulan pulak tu. Jimat sangat-sangat. Memang aku puas hati. Vitamin C ni pun boleh dijadikan masker muka. Untuk peminat-peminat masker, korang boleh la try buat masker daripada vitamin C ni dekat rumah.

Senang je kan? Selamat mencuba.

Apa itu vitamin C shaklee?
💊SH          Vitamin C – Sustained Release Vita-C Plus ini merupakan Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran udara, sinaran uv matahari.
💊   Vitamin C bertindak sebagai agen anti penuaan dan anti kedutan, dengan berperanan merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit.
💊    Vitamin C adalah sumber utama kepada pembentukan kolagen, iaitu sejenis protein yang membantu pertumbuhan sel dan salur darah selain menjadikan kulit tegang dan kuat.
💊 Kajian klinikal menunjukan Vitamin C juga dapat mengurangkan ‘sunburn’ yang disebabkan oleh pancaran matahari berlebihan dan ia juga mampu mencegah kesan jangka panjang terdedah kepada matahari, yang boleh membawa kepada kanser kulit.



Comments

Shafyqah Azahar said…
ada jugak dengar pasal vitc ni, alhamdulillah lah ada kesan positif hehehe sha follow sini :> http://shafyqahazahar.blogspot.my/2017/05/klavuu-actress-cream-review.html

Popular posts from this blog

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA PEDAS macam ni,