Skip to main content

Product Review : Doll Skin Foundation by Sendayu Tinggi

Assalamualaikum, hai.

     Untuk sesiapa yang tengah cari foundation jenis apa nak pakai, foundation apa yang bagus semua tu kan. Harini aku nak share sikit tentang satu produk make up yang paling best. Foundation yang paling awesome aku pernah pakai.

Aku sebenarnya taktau pun Doll Skin Foundation ni jenama Sendayu Tinggi. Aku main pakai je masa kakak aku bagi. Ingatkan jenama oversea. Sebab dia tulis ST Professional Make Up. Langsung tak terfikir yang ST tu stands for Sendayu Tinggi. Sampailah satu hari tu aku pergi Watsons terjumpa foundation ni.

Comel kan packaging dia?

Packaging macam international punya!


      Apa yang paling best sangat tentang foundation ni? 

1. Tutup segala jerawat, jeragat, parut dan muka berbelang!

          Serius, sapu nipis je dah boleh tutup semua masalah kat atas ni. Percaya ke tak? Tak percaya kena try sendiri. Bila musim jerawat tumbuh, aku akan letak lebih sikit foundation ni kasi tutup cela. Pernah sekali aku make up kan housemate aku guna foundation ni, jerawat dia semua tutup. tiba-tiba kulit jadi flawless macam kulit anak patung (ewah, nama pun doll skin kan).

2. 3 IN 1 foundation.

          Bukan sekadar foundation! Ni bukan foundation biasa-biasa tau, pertama mestilah dia act as foundation, kedua dia boleh jadi concealer dan ketiga dia boleh juga jadi pelindung UV (sunscreen untuk kulit). Best kan? Dah tak payah nak pakai banana boat la, concealer la semua nak pakai sampai tebal make up kat kulit.

3. Kulit nampak natural dan lebih gebu

          Apa yang bezanya foundation ni dengan foundation lain, dia buat muka korang nampak natural, macam tak pakai apa-apa. Macam bare face gitew. Bare face yang flawless tanpa cela. Lepastu dia buat kulit kita nampak lebih gebu dan segar. So takde la bila kelua rumah orang akan tegur "Eh, kau dah mandi ke belum?" Haaa giteww.

4. Boleh dijadikan bedak dan alas bedak.

          Nama pun foundation, mestilah sebagai make up base atau alas bedak. Tapi kita ni takde la hari-hari nak make up, mesti ada hari-hari yang malas betul tak? So, dengan apply foundation ni je dah cukup dah sebenarnya. Tak payah susah-susah nak pakai bedak lagi. Jimat masa nak bersiap. Apply Doll Skin Foundation, tambah sikit blusher, lipstick, mascara and you're done!


Jenis warna Doll Skin Foundation ni ada empat. Korang boleh pilih ikut tona warna kulit masing-masing. Kalau yang cerah pakai warna cerah kalau normal pakai yang normal dan kalau gelap pakai yang gelap sikit.  


          

Comments

Mama Darwiish said…
Ramai tengo pakai foundation ni, packaging kpop sangat... Ingat korean product td

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA PEDAS macam ni,