Skip to main content

Travelog: Padang, Indonesia [Part3]


Assalamualaikum.

Bismillah . . . 


           Day 3 (24 Nov 2013), Sempat berposing gedikss depan gunung berapi yang nun jauh di belakang sanaaaa. time ni tengah on the way nak pergi gerai Kuih Bika. siap mintak encik supir berhenti tepi jalan semata-mata nak ambil gambar Gunung Merapi (gunung berapi). kehkehh. 



Posing gediksss :p

          lepas dah habis posing, encik supir pun terus bawak kitaorang pergi rasa kuih tradisional Padang. nama kuih tu kuih Bika. dalam hati aku kata, kuih bika aku tak pernah pula dengar. tapi kalau jajan Bika tu aku taulaa. hahaaa. rasa kuih Bika ni sedap sangat. kuih ni dia bakar atas bawah. (maksudnya atas kuih tu bakar dengan kayu api, bawah kuih tu pula bakar dengan arang kayu). kalau tak silap aku, ramuan untuk buat kuih ni cuma tepung pulut, kelapa parut dan gula. tu yang jenis original. kuih ni ada dua perisa. satu rasa pisang, satu lagi rasa original. dua-dua pun sedapp. tapi aku prefer perisa pisang. nyummyyy. kalau korang pergi Padang, korang wajib rasa kuih ni. gerenti tangkap cintan punyaaa. :*



inilaa rupa kuih Bika tu. tengok je dah buat aku rasa 
nak makan lagi kuih ni. aduhh duhhhh rindu Indonesiaaa T.T

Lepas dah sedap melantak kuih Bika (siap borong dua bungkus) kitaorang teruskan perjalanan ke Pasar Aur Kuning pulaa. balik-balik pergi pasar. macam dah takda tempat lain. biasalaaa dekat sana, pasar-pasar ni dah macam shopping complex nombor dua tau dekat sanaa. pasar ni selalunya buka pukul 10 pagi (waktu Indonesia).  cakap pasal Pasar Aur Kuning ni, nak tau tak apa je yang ada dekat sana? pasar ni sebenarnya banyak jual pakaian. memang pasar ni popular dengan baju, seluar or skirt . kain pasang pun ada jugakk. harga biasalahh, murah (boleh ditawar). 

antara pakaian yang dijual di Pasar Aur Kuning. :)

          seterusnya, kitaorang teruskan perjalanan melawat ke Lobang Jepang (lubang Jepun) di Bukit Tinggi. kitaorang satu family, siap masuk dalam lubang tu. dalm lubang tu seriously gelap. (tapi ada lampu. so takdala sampai gelap gelita)  tempat tu dinamakan lubang Jepun sebab, masa zaman dulu, tentera Jepun jadikan tempat tu sebagai tempat persembunyian tentera diaorang dan buruh paksa masa Indonesia dijajah Jepun. tragis sungguh. dalam lubang tu banyak sangat bilik. sampai aku pun tak boleh ingat berapa jumlahnya. setiap bilik tu ada fungsinya tersendiri. ada bilik yang jadi penjara, tempat membunuh (bilik ni ngeri ok), bilik buang mayat, bilik mengintip. eishhh banyaklaa, tak mampu aku nak senaraikan semua. struktur dinding dalamlubang tu of course la  tanah. walaupun dia hanya sekadar tanah tapi kukuh. langsung tak runtuh. tapi bila masuk dalam tu agak seram jugakla rupa dia. grrrr. semakin aku masuk dalam lubang tu, aku rasa makin sejuk sebab makin ke bawah tanah (attention, no air-cond included ok) hahah. 

bergambar kenangan :D

rupa dalaman Lobang Jepang. 

Malam tu lepas dah penat berjalan, tetiba ayah aku teringin pula nak makan satay. alang-alang dah ada dekat nagara orang, apa salahny kita cuba rasa satay diaorang kan? haha tu pendapat aku masa belum rasa satay Indonesia. bila dah rasa? erkkk, bagi aku satu family, tekak kitaorang memang tak boleh adapt dengan satay ni. rasa dia memang jauh beza betul dengan satay Malaysia. satay ni dia tak perap. cucuk daging yang direbus tu dengan lidi, then tabur lah kuahnya. kuahnya pedas gilaaa. kesimpulannya, makanan Malaysia juga yang terbaikk. (I am proud to be Malaysian. hahah tetiba). 

rupa paras satay Indonesia.

          Hari ketiga ni kitaorang balik hotel awal sikit (6 p.m dah sampai hotel). sebab esok harinya (24 Nov) kitaorang dah nak balik Malaysia dahh. so ada lah masa nak berehat-rehat lama sikit. lagipun flight esoknya pukul 8.30 a.m . so kitaorang mesti ada dekat airport at least sebelum pukul 7. aku dengan akak aku punyalah happy dapat balik awal sebab kitaorang nak online. (hotel ada free wi-fi) sebab selama kitaorang kat sana, tak sempat nak online puas-puas. kononnya malam tu nak lepasakn gian online lahh. last-last tak dapat jugak online. tetiba wi-fi hotel buat hal malam tu. apalah nasib kami. tak dapat online malam tu T.T 

p/s: don't worry, part 4 ada lagi. last part punyaa. *sedih* 









Comments

Popular posts from this blog

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA PEDAS macam ni,