Skip to main content

Felt Craft .

Assalamualaikum.

Harini aku nak share sikit salah satu aktiviti aku untuk cuti sekolah ni. hhe. Know what? aku dah terjebak dengan aktiviti buat kraf felt. korang taktau apa tu kraf felt? 

     Felt ni sebenarnya sejenis kain yg kebanyakan orang sekarang guna untuk buat kraf. contohnya mcam buat keychain, cover handphone/tab/iPad. kalau nak buat brooch pun boleh :)
Wahh nak dijadikan ceritaa. ada satu hari tu aku tempah satu keychain felt dengan kawan aku.
bila dah dapat keychain tu, aku terus terfikir nak cuba buat kraf felt ni jugaaa (sebab nampak senang nak buat)

Sebab terlalu excited nak buat kraf felt, aku paksa mak aku pergi kedai jahit semalam, semata-mata nak beli kain felt. mak aku pun malas nak dengar aku pot pet pot pet so dia setuju je lahhh. pasrah katanya asalkan aku tak buat benda yg bukan-bukan :))

     Sampai je kedai, aku terus borong sampai tujuh warna kain felt (nampak tak betapa excitednya aku?).padahal aku taktau nak buat apa dengan kain tu. hehehe. Selain kain felt, aku beli fibre filler dan juga benang embroidery. Nak cerita pasal benang embroidery nii, benang tu memang payah eh nak dapat? tak banyak kedai yang jual. katanya sebab benang tu susah nak dapat untung. hmm tak kisah laa. actually kalau nak guna benang biasa pun ok.

Bila dah sampai rumah, aku pun mulakan la kerja-kerja menjahit kraf felt tuuu. hhe see? excited lagii woii. first attempt, aku cuba buat satu cover case untuk iPad aku. and alhamdulillah menjadi. menggigil-gigil kau nak jahit tu! hahahaha.



 Nie dia barang yang aku borong semalam .

Ni pulak hasilnya .cantik takk?

ni contoh yang kawan aku buat (yg aku tempah tu) 
p/s: EXO! :p





Comments

Popular posts from this blog

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA PEDAS macam ni,