Skip to main content

Posts

Bedtime Stories

Hai.           Sedari kecil, memang aku ni dah minat membaca. Ingat lagi masa umur 3 tahun Umi ada belikan satu majalah kanak-kanak. Masa tu aku masih tak tau membaca, tapi aku suka isi kandungan majalah tu. So, aku pun suruhlah sesiapa tolong bacakan. Sampai lebih 5 kali sehari. Setiap hari mesti suruh Umi bacakan. Sampaikan aku dah hafal setiap benda dan cerita yang ada dalam majalah tu. Yang aku ingat, majalah tu ada kartun versi komik yang sarat dengan ilmu dan nasihat. Bila umur 4 tahun, aku dah masuk tadika. Sebab aku tengok Kaklong dengan Angah pergi sekolah, so aku pun nak sekolah. 4 tahun dah pandai membaca, jadi Umi suruh aku baca sendiri majalah tu. Seronok kay dah pandai baca. Dari muka surat pertama sampai muka surat akhir aku khatam sambil Umi tolong check bacaan aku.           Lepas Umi tengok aku dah lancar membaca, Umi belikan majalah baru. Majalah Asuh (majalah kanak-kanak Islamik). Siapa tahu? Setiap bulan tak pe...

Product Review : Coffee Scrub by Qayra

Hello!           Lamanya tak update blog. Semenjak demam bulan lepas terus terbengkalai aktiviti blogging. Tambah pulak sibuk dengan urusan-urusan lain. Pheww~ ok, aku bukan nak cerita pasal tu. Aku nak cerita item HOT abad ini. Jeng jeng! Apa yang bestnya tentang produk ni? Produk ni sesuai untuk semua peringkat umur tak kira anda lelaki mahupun perempuan. Yes, bahan-bahan yang digunakan pun 100% organik! Langsung takde bahan kimia. So no worries, semua peringkat umur boleh guna.           Selain daripada boleh pakai semua jenis manusia, ia juga boleh dipakai di bahagian muka dan seluruh badan. Best kan? Sesiapa yang ada kulit yang bermasalah pun digalakkan guna. Contoh macam kulit muka berjerawat ke, sunburn, berdaki. Sesuai sangat! Bau aroma kopi dia takyah cakap la weh, best gila! Rasa tenang je. Ramuan magic Coffe Scrub by Qayra :  Kopi berkualiti tinggi Almond oil Pearl powder Essen...

Product Review : Rahsia Suami Makin Sayang : Inteemor

Hi! Harini aku nak share tentang satu produk Ephyra yang best! Nama dia Inteemor. Kalau untuk mereka-mereka yang dah berumah tangga tu sesuai la try Inteemor ni. Orang kata ni 'pengikat suami'. Bagi anak-anak dara macam aku ni pun boleh je nak try. Boleh melancarkan bahagian dalaman tu. Yang ada masalah period tak teratur ke, senggugut teruk (macam aku) ataupun miss V berbau. Memang elok sangat minum Inteemor ni. Inteemor merawat dalaman dan luaran diri wanita : Merawat keputihan dan lendiran yang banyak Menyempitkan rahim dan ketat seperti perawan Mengecutkan peranakan Menghilangkan gatal-gatal di bahagian Miss V Melancarkan peredaran haid Miss V akan berbau harum semulajadi Memberi tenaga sepanjang hari Membuang angin dalam badan Membetulkan haid yang tidak teratur Menghilangkan senggugut Melangsingkan badan dan menjadikan bentuk badan lebih menawan Merawat dan menyembuh luka-luka dalaman semasa dalam pantang dan selepas bersalin Rahsia jamu moden jus...

Masak Dengan Perangai Manusia

Hi! Semenjak join bisnes Powergold ni, ramai yang duk PM, Whatsapp aku tanya macam mana nak join, macam mana boleh kaya, macam mana boleh beli banyak emas, macam-macam lagilah. Tak tahan letew aku asyik update income masuk pastu asyik beli itu ini.           Bisnes simple je. Bisnes online dihujung jari. Buat part time pun income boleh kaching-kaching. Kau hado? Sesambil terbaring, sesambil study duit masuk. Kau tak nak? Mestilah nak. Peluh tak sempat keluar, duit dah masuk ratus-ratus. Cakap sikit siapa nak bagi income RM500 sehari? Takde kan. Powergold je baik hati nak bagi. Memang seriously aku berpuas hati join Powergold ni. Ramai je student-student baya aku yang join. Maklumlah masing-masing dah celik dah sedar diri dah taknak menyusahkan mak bapak lagi. So kitaorang satu team pakat-pakat bina networking sama-sama, jana income sama-sama untuk tampung duit study. heheheh seronok betul bisnes dalam group ni.           Paling b...

5 Things I hate The Most

  Hi!           Aku telah ditag oleh sistur cantik ( Mia ) untuk buat entry tentang "5 Things I hate The Most" Thanks Kak Mia sudi tag kita huhuhu. So, RULES dia : "Buat satu entry bertajuk 5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas  dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu." So, here it is : Cicak - Aku memang takleh spesis reptilia ni. Serius tak boleh. Aku memang geli tahap infiniti. Segala jenis atuk nenek cicak dan reptilia semua aku geli dan benci. Makanan yang lembik/kenyal - Bab makanan aku memang tak suka yang lembik-lembik, yang kenyal-kenyal. Contohnya macam daging yang bahagian lemak dia tu (yang orang panggil tetel), perut lembu/kambing dan kulit ayam. Selain tu, aku tak makan kulit ikan. Melainkan kalau ikan tu goreng. Pinjam barang tak reti pulang/jaga - Bukanlah kata aku ...

Resipi BBQ Kambing dan Ayam

Hi. Alright, entry yang lepas aku kata nak share resipi BBQ kambing dengan ayam (marinated lamb and chicken) kan? So here it is! Aku tak letak bape biji tau sebab aku ni jenis yang masak campak-campak je. So, kuantiti bahan tu aku agak-agak je ikut kuantiti daging ayam / kambing / lembu yang korang nak masak. Bahan-bahan rempah BBQ : Bawang merah * Bawang putih * Serai * Halia * Lengkuas * Garam secukup rasa Gula merah / gula kabung / gula melaka Sedikit serbuk kunyit (nak kasi warna kekuningan) Serbuk kari (secukupnya) Serbuk kurma (secukupnya) Sos lada hitam (kasi rasa pedas-pedas) Ni daging kambing yang dah siap marinated! Ni daging ayam yang dah marinated! nyumm! Cara-cara : Blend semua bahan-bahan yang bertanda * Gaulkan semua bahan-bahan yang telah diblend dengan semua bahan-bahan yang ada. Gaul sampai sebati. Perap daging ayam / lembu / kambing tersebut semalaman (masuk dalam freezer ok) tips : lagi lama perap, lagi sedap sebab rempah dah ...

Family Gathering : BBQ Party Tepi Sungai

Hi. Baru berkesempatan nak update blog semula. Few days ni sibuk sikit. Sibuk dengan bisnes, sibuk dengan family gathering. So aktiviti blogging terpaksa hold dulu. Sabtu lepas aku pergi berpicnic dan berBBQ satu family dekat Bekok. Saje suka-suka. Sebab dah lama tak gather satu family reramai. Seronok gila. Angah tugaskan aku untuk buat rempah BBQ untuk ayam dengan kambing. Takpe, next entry aku share resipinya okeh?           Bertahun jugak la aku dah tak pergi mandi air terjun dekat Bekok tu. Rasanya last pergi masa aku masih sekolah rendah. Banyak jugak la perubahan kat Pekan Bekok tu. Dah maju weh! Kalau dulu bila masuk, jalan tanah merah. Sekarang dah tar tau! Ni kira first time la kitaorang buat family BBQ tepi air terjun. Selama ni kalau pegi mandi-manda kitaorang bawak bekal dah siap masak dari rumah. Kali ni memang lain dari yang lain ah! Mungkin sebab kitaorang adik-beradik semua dah besar-besar, dah pandai buat sendiri semua benda.   ...