Skip to main content

My Makeup Journey

Assalamualaikum.

Harini saja je la nak feeling-feeling throwback emotional sikit. Kalau cakap pasal makeup dulu, satu apa pun aku taktau. Kalau tak disebabkan aku masuk Masscomm, memang tidaknya lah nak belajar makeup-makeup ni semua. Ingat lagi masa mula-mula masuk kelas Public Speaking. Miss Izyan wajibkan kitaorang pakai heels dan makeup setiap kali kelas dia. Sebab dia cakap tu semua ada markah.

Aku memang dah ada barang-barang makeup yang Kaklong bagi. Kaklong dulu MUA (dulu orang panggil Mak Andam je), tapi lepas bersalin anak pertama, dia dah tak aktif makeupkan orang. Sebab susah ada anak kecik dengan nak menyusu lagi. Dulu aku rajinlah ikut Kaklong pergi makeupkan orang. Tapi tak jugak pandai makeup.

Lepas masuk UiTM, baru la aku sikit-sikit belajar dan adalah minat nak makeup tu. Susah memang susah sebab aku takde jiwa nak bersolek. Muka selebet betul. Masa tu tengoklah banyak mana video makeup pun, tak pernah masuk dalam kepala. Masa mula-mula belajar makeup dulu, buruk betul. Aku memang pandai benda paling basic je. Pakai foundation, mascara dengan lipstick. Cukup basic kan? Blend eyeshadow tak pandai, lukis kening apatah lagi. Sedih betul.

Tapi through out my Diploma year, banyak gila la yang aku belajar. Daripada tak pandai makeup dah pandai makeup. Daripada yang paling basic sampailah yang upgrade sikit (nak kata pro tu belum lagi kot? Doakan la ye.)

      

Gambar kat atas ni tahun lepas. Masa ni dalam tahap not-to-bad la aku punya makeup skill. Cuma eyeshadow tu masih kurang pandai nak blend. Lepastu aku masih taktau nak guna warna apa dan blend dengan warna apa. Tapi kira on la kan. Makeup ni aku lebih fokus dekat lukis kening sebab nak praktis dengan lebih gigih.


Masa ni aku try lipstik Ephyra, baru beli la konon-kononnya. Acah-acah la nak review. Kalau tengok, lukisan kening aku masih dalam progress masih tak berapa nak on point. Tapi kira ade la jugak kan. Masa ni bab foundation memang dah pro habis. Flawless teruk! Cuma masalahnya aku tak dapat jawapan lagi kenapa lepas beberapa jam, makeup aku jadi oily dan cakey. Hmm.


Tema makeup untuk gambar atas tu, anak Cina pergi dinner. Huh, masa ni ada dinner untuk semua mantan JPK kolej-kolej. Jadinya masa tu aku ramai gila customer nak kena makeup kan termasuk dengan diri aku sekali. Tu yang jadinya kening ternipis. Makeup ni nampak pucat sebab aku salah warna lipstik! 


Yang ni pula edisi makeup Raya 2018. Nak kata simple nampak agak heavy jugak tapi nak kata heavy pun tak jugak. Kening dah ok dah. Tapi warna yang aku guna untuk kening terlebih kecoklatan ya kawan-kawan. Sebabnya aku punya eyebrow palette ada pada Dayana (termasuk dalam beg makeup dia masa aku makeup kan dia untuk dinner kolej). So, aku guna konsep makeup apa yang ada.  Oh lupa nak bagitau, masa ni dah pandai pakai eyeliner tau. Tapi eyeliner pensel je la mampu. Eyeliner cecair masih comot sebab tangan menggigil. 

                                     

Ni paling paling paling latest dah ni. Kening dah lebih on point, eyeshadow pun dah pandai blend (siap buat gradient) tau. Sekarang ni aku dah tau dah tips and tricks macam mana nak elakkan makeup jadi cakey dan oily. Sebab kulit aku ni oily. So kalau tak betul-betul memang berminyak teruk bila makeup. Oh, tolonglah abaikan muka penyu aku tu, dengan eyebag tah berapa kilo macam mak-mak. Eh, tapi tulah kan kuasa makeup. Tulah nanti kahwin aku nak cari laki yang boleh terima muka penyu bebas makeup ni. Kalau tidak, aku terajang terus sebab muka dia pun bukan handsome pun. 

Sebenarnya ada banyak lagi aku punya artwork. Ada je gambar-gambar aku makeup kan kawan-kawan aku. Tapi kat folder mana tah aku letak, tak ingat. Yela ingat muka sendiri je kan. Dasar selfish. Takpe, nanti kalau dah jumpa aku edit and tepek kat sini. 


Terima kasih sudi baca. :)

Instagram : @aishah.bdrlhshm
Instagram shop : @makeups.store28

 

Comments

Anonymous said…
Muka penyu pun kang daniel suka. Letop kakca letoppp. Hope one day dapat caras mua bella. Hahahaah
Shafyqah Azahar said…
nice lah! ada peningkatan!

Popular posts from this blog

Tips Mengetahui Body Mist Victoria Secret Original atau Bukan Original

Assalamualaikum.
          Malam ni nak santai-santai je share tips body mist original ataupun bukan original. Tapi aku lebih spesifik pada jenama Victoria Secret sebab aku pengguna tegar body mist Victoria Secret.
Tapi sebelum tu aku nak bagitau sikit tentang perbezaan body mist dengan Eau De Toilette (EDT). Ada beza ya kedua-dua benda ni. Sebab sebelum ni aku pun tak tau beza, semua yang dalam bentuk spray yang berbau wangi, aku bantai panggil perfume. Hahahha.
Body Mist : Lebih kurang macam cologne. Bau dia hanya boleh bertahan 4-6 jam sahaja
Ini adalah rupa body mist. Jenis yang aku selalu pakai. (Yang Pure Seduction tu wangi bhai)
Eau De Toilette (EDT) : Ini barulah perfume. Bau dia boleh tahan 6-8 jam. Jauh lebih lama daripada body mist.
Ini pula rupa EDT. Saiz lebih kecil berbanding body mist.  Tapi harga lebih kurang. Yang best, bau tahan lebih lama.
Kat bawah ni aku akan kongsi beberapa tips untuk membezakan Victoria Secret (VS) original ataupun bukan original :
Kebiasaannya, y…

Resipi Nasi Serai

Assalamualaikum.
Hai.
Hari-hari asyik makan nasi putih je bosan juga kan? Kadang-kadang nak juga cuba resepi lain daripada yang lain. Nak cuba masak nasi minyak pun dah jemu makan. Sebab lepas raya ni ramai orang buat kenduri kahwin. Jadi, lepas scroll dekat Facebook terjumpa pula resepi Nasi Serai, jadi apa lagi teruslah cuba. Bahan-bahan pun senang dan ringkas je.



Bahan-bahan:

2 cawan beras basmathi2 sudu besar minyak sapiSedikit rempah 4 beradik (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga)3 batang serai (dititik)2 helai daun pandan diikatSetengah kuib pati ayam1 biji bawang besar (dihiris)1 inci halia (ditumbuk)4 ulas bawang (ditumbuk)3 cawan air (ikut cawan sukat nasi)Sedikit garam untuk perasa
Cara-cara :
Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. 
Kemudian hiris bawang besar dan titikkan serai Basuh rempah tiga beradik dengan mesra dan basuh juga berasa dan daun pandan sebersihnya dan toskan.

Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi. Kemudian masukkan rempah 4 b…

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.
 Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)
          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.
My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman grammar, rea…