Skip to main content

Raya 2017 ft Hari Pertunangan Sepupu

Assalamualaikum.

Hai.

Salam 28 Syawal. Bulan Syawal dah nak melabuhkan tirai. Tapi aku baru nak buat entri raya satu Syawal hari tu. Maksudnya cerita 27 hari yang lepas. Masih tak basi lagi kan, sebab masih dalam bulan Syawal. Nak cerita sekali la kan, satu Syawal (25 Jun 2017) merangkap raya pertama dan hari pertunangan untuk sepupu aku belah Umi. Tahniah Syafiq dan tunang, yeayy.

Muda lagi dah tunang ek. Tunang sepupu aku tu pula dah la sebaya dengan aku. Iyelah, jodoh dah sampai kan. Aku ni, jodoh pun tak nampak boyfriend lagi la tak ada! Ok, tu tak kisahlah sebab aku memang tak ada rasa nak bercinta ke apa ke, sebab nak fokus sepenuhnya belajar. Cinta-cinta ni malas la nak fikir.

Jadi macam biasalah, raya pertama baru balik kampung belah Umi dekat Pontian. Setiap tahun pun memang rutin macam tu. Pagi raya tu bertolak balik dalam pukul 10 pagi sebab petang tu nak ikut rombongan meminang.

Dalam perjalanan balik kampung tu kitaorang lalu Bukit Batu. Memang excited la kalau lalu Bukit Batu sebab nanti lalu dekat ladang nanas. Haaa, kampung aku takde sawah padi macam kampung orang lain. Mampu ada ladang nanas je. Memang dah plan nak berhenti tepi jalan nak shoot ootd dekat situ. Barulah fefeeling suasana kampung kan.

Perfect place for ootd.

Cantik kan? I mean pemandangan tu.

Antara barang-barang hantaran.

Asal aku berkerut eh kat belakang tu? Lol!

Semasa majlis menyarungkan cincin.

Team cousin.

Dari kiri : Kak In, Tunang Syafiq, Me and Mak Ngah.

Ok, this is my cousin yang tunang tu. 

Team cousin yang balik beraya tahun ni. Actually ada lagi satu family 
(family Mak Ndak) yang tak balik lagi.

OOTD gedik is a must ft Umi.

Ala, rasanya entri kali ni tak lengkap sebab tak ada gambar juadah raya. Sebenarnya ada je ambil gambar juadah raya. Tapi post dekat Insta story je, lepastu tak save (after 24 hours dah hilang). Ampunin sayaaa. Insya Allah, next year kalau ada umur, kita post gambar lauk raya banyak-banyak.


Comments

Unni Anje said…
comelnya.. moga cousin till jannah

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…

Giveaway Time By Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum.

Giveaway kali ini merupakan giveaway kedua yang aku buat, dan akan dijalankan selama 2 minggu. Yeayyyy, tepuk tangan. Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni rasanya nak share dekat para blogger semua. Aku harap, ramailah yang sudi nak join giveaway aku ni. Hadiah kali ni istimewa sikit sebab korang berpeluang dapat 1 set produk kecantikan organik. Eksited tak? Selain tu, 2 helai wide shawl akan diberikan pada pemenang-pemenang yang bertuah.


Klik banner untuk join. 
Hadiah produk kecantikan organik ini ditaja oleh Qayra Signature . Di mana, produk-produk Qayra ni semuanya diperbuat daripada bahan-bahan organik yang semestinya halal dan selamat. Manakala, hadiah wide shawl pula ditaja oleh aku sendiri, sebagai tuan punya blog.
Set produk kecantikan : 1 Turmeric Cream, 1 Turmeric Soap & 1 Organic foundation.

Syarat Wajib Giveaway Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Time by Aishah Badrulhisham"Follow blog : Aishah BadrulhishamFollow Instagram : @aishah.b…