Skip to main content

Product Review : Whitehead & Blackhead Vacuum

Assalamualaikum.

Hai.

Lama sangat plan nak buat review produk ni tapi asyik lupa je. Ok, siapa tahu tentang alat penyedut ni? Tak kisahlah pernah guna ke, ataupun pernah jumpa dekat mana-mana ke. Pada awalnya aku tak berminat pun nak beli alat penyedut ni. Sebab biasa pakai peel of mask je lebih senang. Tapi disebabkan abang aku ni memang tengah immersed gila dalam bab mencantikkan muka ni, jadi dia pun decide nak beli alat ni.

Dia pun beli produk ni, dan aku macam biasa jadi orang pertama yang guna dulu. Overall, aku dah pakai alat ni sejak 4 bulan yang lepas dan memang suka gila sebab dia memang sedut segala blackhead & whitehead. Kalau muka kita ada jerawat pasir, ataupun jerawat yang dah masak tu pun dia sedut habis-habisan.

Lepas dah sedut semua bendasing tu memang pori-pori terbuka habis la. Muka pun jadi merah sebab tekanan vacuum dia. Tapi lepas guna tu memang nampak la whitehead blackhead semua dah tak ada.

Tadaaaa. Set lengkap Whitehead & Blackhead vacuum.

Untuk benefit boleh baca sini.

Bukan setakat boleh sedut blackhead & whitehead je tau. 
Banyak lagi kegunaan dia.

Alat ni kita tak payah susah-susah masukkan bateri. Kalau bateri dia dah low, 
kita boleh cas je guna cable yang dia dah sediakan ni.

Didatangkan dengan lagi 3 jenis tube penyedut yang berlainan saiz dan fungsi.

Span dan getah tambahan kalau kata span ataupun getah tu
terputus ke, koyak ke apa kan.

Ini dia alat teragung tu.
Maafkan saya keadaan bilik yang bersepah. Kat sinilah tempat menggosok baju,
tempat bekerja dan sebagainya. Kiranya tempat berkecah dalam bilik ni. Hahahahaaha

Alat ni korang boleh beli online terus kat Just For Her . Harga masa aku beli ni, 4 bulan lepas RM 150 sahaja (oh pembetulan. Abang aku bayarkan aku order jeww) Tapi taktau la kot dia ada buat promo ke apa kan? Boleh cepat-cepat PM dia ok. 

Tapi kenapa aku tak letak gambar testimoni sendiri? 

Sebab aku terlalu geli dengan blackhead whitehead sendiri sampai tak mampu nak pegang tube penyedut tu sambil pegang phone. Jadi setiap kali lepas pakai memang aku cepat-cepat cuci tube penyedut tu.

Macam mana cara guna? 

Ok, cara guna dia mula-mula aku akan basahkan muka aku lepastu lap kering-kering. Lepas dah lap kering-kering tu aku tekup muka dalam baldi kecil yang berisi air panas sebab nak kasi pori-pori muka terbuka. Dah tekup dalam seminit lebih gitu, baru aku guna alat ni dekat tempat yang ada blackhead & whitehead.

Lepas dah settle semua, blackhead & whitehead semua dah hilang, aku ambil kuib ais lepastu aku lumurkan dekat satu muka. Sebab nak tutup balik pori-pori muka. Lagi satu nak elakkan kulit menggelupas sebab kulit kita ni tekstur dia sangat lembut dan sensitif tau. Bukan takat tu je, lepas dah lumur ais, aku cuci muka bersih-bersih lepastu sapukan toner untuk last touch. Done!

Cara basuh tube penyedut :

Biasanya sebelum basuh aku akan bersihkan keliling tube tu guna tisu ataupun cotton bud sebersihnya. Lepastu aku rendam tube tadi dalam air panas dan biarkan dalam 5 minit macam tu. Lepas 5 minit, aku bersihkan tube guna sabun Dettlo dan bilas guna air biasa. Keringkan macam biasa. Lepas kering terus masuk balik dalam kotak dia.

Cerewet gila kan bab kebersihan? Sebab aku taknak alat ni kotor dan terkena kuman sebab benda ni kita pakai dekat muka, so apa-apa jenis alat atau produk yang aku gunakan dekat muka memang aku sangat-sangat jaga dia punya kebersihan tu. Gitewww.

Jadi gais, tunggu apa lagi, go and place your order now!

XOXO.




Comments

Mrs Pip said…
Mcm best pula alat ni....nnt fikir nak beli oah benda ni...

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…

Giveaway Time By Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum.

Giveaway kali ini merupakan giveaway kedua yang aku buat, dan akan dijalankan selama 2 minggu. Yeayyyy, tepuk tangan. Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni rasanya nak share dekat para blogger semua. Aku harap, ramailah yang sudi nak join giveaway aku ni. Hadiah kali ni istimewa sikit sebab korang berpeluang dapat 1 set produk kecantikan organik. Eksited tak? Selain tu, 2 helai wide shawl akan diberikan pada pemenang-pemenang yang bertuah.


Klik banner untuk join. 
Hadiah produk kecantikan organik ini ditaja oleh Qayra Signature . Di mana, produk-produk Qayra ni semuanya diperbuat daripada bahan-bahan organik yang semestinya halal dan selamat. Manakala, hadiah wide shawl pula ditaja oleh aku sendiri, sebagai tuan punya blog.
Set produk kecantikan : 1 Turmeric Cream, 1 Turmeric Soap & 1 Organic foundation.

Syarat Wajib Giveaway Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Time by Aishah Badrulhisham"Follow blog : Aishah BadrulhishamFollow Instagram : @aishah.b…