Skip to main content

We Represent SISTAR!

Assalamualaikum.

Hai. Baru-baru ni, Ai ada tengok satu variety show Korea yang baru. takdelah baru sangat. dah season 4 dah pun. kali ni SISTAR Showtime! tahun lepas Ai tengok EXO Showtime. tahun ni giliran SISTAR Showtime pulak.


          Cerita SISTAR Showtime ni, lebih kepada kehidupan peribadi artis tu sendiri. means, kita dapat tau, apa aktiviti dorang kat rumah, waktu cuti ke. camtulah. ataupun apa yang dorang selalu buat kalau takde schedule (show) semua tu. disebabkan ahli SISTAR ni duduk asing-asing (dah tak duduk asrama lagi), rumah setiap orang ahli akan diletakkan kamera. so kita dapat tau la apa yang dorang buat kat rumah (korang paham ke apa yang Ai cuba sampaikan nihh? haha)

Seriously cerita SISTAR Showtime ni best gilaa! ahli SISTAR tu sendiri perangai gila-gila. tak gedik macam ada sesetengah artis Korea.



          Biasanya, kalau ada cerita Korea yang best, Ai akan bagitau kawan-kawan Ai. dorang pun sama. ada citer best je terus kecoh-kecoh kat whatsapp. tak bestla kan kalau takat tengok sorang-sorang. pulaktu, kitaorang ni jenis yang kalau tengok satu, satu cerita tu, kitaorang suka bagi watak cerita tu untuk diri kitaorang. mulalah nanti, kitaorang bahagi-bahagikan, watak ni untuk sape, kalau yang pendiam ni macam sape. kalau yang kuat membebel ni macam sape. haa gitew (korang paham ke tak?) ahahah ke Ai cakap cam Curl? huhh~

So, haritu masa tengok SISTAR Showtime (episod 2) Ai teringat yang perangai Hyorin tu sebijik macam Hajar, kawan Ai (merangkap member the Feminine) sebabnya, dorang berdua ni memang tak reti senyap dan tak suka suasana senyap. lepastu dorang berdua ni, 'mak' kepada kucing. memang elok sangat ah! kalau kata dah start bagi watak kat sorang dia akan berjangkit terus dekat yang lain.

Hajar represent ...

-
-
-
-

Hyorin

          Ahli SISTAR yang lagi sorang ni dia jenis diam dan suka buat hal dia sendiri. kalau duduk rumah sorang-sorang kerjanya mengadap tv, tv, tv dan terus tv. samalah macam kawan Ai yang sorang ni. kerja dia semenjak habis SPM ni mengadap cerita Korea, movie, cerita Korea *ulang lagi benda yang sama* kawan jenis yang blurr, boleh dikatakan 'pabo' (bukan dalam pelajaran sebab dia pelajar cemerlang SPM) tapi pabo perbuatan. hahaha Ai pun tak faham dengan dia. pelik-pelik je. memang sebijik macam ahli SISTAR yang ni.

Akma (atau lebih dikenali sebagai Akem) represent ...

-
-
-
-

Dasom

Yang lagi sorang ni, dia ahli paling tua dalam group SISTAR. dia suka lelaki muda (ramai lelaki muda yang dia minat). lepastu dia suka tak puas hati. hahaha hidup dia macam lifeless dan sangat membosankan. sebab kadang-kadang dia pun taktau nak buat apa. perangai dia adalah sikit-sikit dengan kawan Ai yang sorang ni. lagipun kawan Ai ni memang sesuai sangat dengan ahli SISTAR yang ni sebab dia terkenal dengan crush yang bertukar-tukar. lepastu dia selalu tak puas hati dan suka memetir. zasssss! hahaha.. (kalau dia baca ni. mati haku dia kerjakan T.T) dia baik takdelah 24 jam petir orang.

Shida represent ...

-
-
-
-

Bora

          Ahli SISTAR yang last. dia vocalist kedua selepas Hyorin. kira suara Hyorin lagi sedap la sebab Hyorin main vocal. dia popular dengan lagu-lagu collaboration. persamaan dia dengan Ai, dia tak terlalu senyap dan tak terlalu bising. kiranya dia moderate laa. dia paling annoying kalau orang ganggu kerja dia, sekali orang ganggu dia tanak buat lagi dah. macam Ai la tu. mudah annoyed dengan orang. tapi kejap je rasa annoyed, pastu dah baik dah. lepastu, dia kalau tulis surat memang berjela-konon 'deep from my heart' macam Ai laa. Ai suka luahkan sesuatu dalam surat (nak cakap depan-depan malu, cover muka gagah-kononnya.)

Aishah / Ai represent ...

-
-
-
-

Soyou

Bukan setakat SISTAR showtime je kitaorang buat macam ni. Running Man pun sama. nak-nak ahli the Feminine ada 7 orang, memang ngam sangat. memang kerja kitaorang kalau tengok drama ke, movie ke, memang akan bagi watak camni. baru ada feeling nak tengok. lepastu, bahan diri masing-masing. hahahaah~













Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…

Giveaway Time By Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum.

Giveaway kali ini merupakan giveaway kedua yang aku buat, dan akan dijalankan selama 2 minggu. Yeayyyy, tepuk tangan. Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni rasanya nak share dekat para blogger semua. Aku harap, ramailah yang sudi nak join giveaway aku ni. Hadiah kali ni istimewa sikit sebab korang berpeluang dapat 1 set produk kecantikan organik. Eksited tak? Selain tu, 2 helai wide shawl akan diberikan pada pemenang-pemenang yang bertuah.


Klik banner untuk join. 
Hadiah produk kecantikan organik ini ditaja oleh Qayra Signature . Di mana, produk-produk Qayra ni semuanya diperbuat daripada bahan-bahan organik yang semestinya halal dan selamat. Manakala, hadiah wide shawl pula ditaja oleh aku sendiri, sebagai tuan punya blog.
Set produk kecantikan : 1 Turmeric Cream, 1 Turmeric Soap & 1 Organic foundation.

Syarat Wajib Giveaway Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Time by Aishah Badrulhisham"Follow blog : Aishah BadrulhishamFollow Instagram : @aishah.b…