Skip to main content

Travelog: Perjalanan Ke Tanah Suci [Part 7]

Assalamualaikum.

Hai. Ai nak sambung travelog umrah Part 7. dah masuk part akhir dahh T.T perasaan rindu dekat tanah suci tu masih menebal. serious talk, tak puas pergi sekali je. nak pergi lagi! Insya Allah kalau ada rezeki, nak pergi lagi lagi dan lagi.

Hari Kelapan dan Kesembilan - 24 - 25 Jan // Sabtu - Ahad (MEK)

           Hari Sabtu tu, kitaorang melawat ke Masjid Hudaibiyah. Ia merupakan antara lokasi miqat yang sering dikunjungi oleh jemaah Haji dan Umrah. dekat kawasan-kawasan masjid tu adalah orang berjual-jual. kat mana-mana masjid pun ada juga. jual tasbih laa. jual kurma laaa. macam-macam.

Sebelum pergi, semua jemaah Umrah memang dah siap-siap pakai ihram untuk buat umrah lagi. so, bas pun bawak kitaorang ke Jaaranah untuk berniat ihram. lepas niat je ihram, mulalah kena jaga setiap pantang-larang dalam ihram. lepastu, terus ke Masjid Al-Haram untuk mengerjakan umrah. selama Ai dekat sana, rasanya 3 kali Ai buat umrah heeehee. ok la kan?? :D

Lepas selesai umrah :) oh dua lelaki yang kat belakang tu tukang tolak
kerusi roda maktok n abah. lelaki yang tengah tu abang Ai.

          Hari Ahad pulak, kita bershopping-shopping lagi dekat kawasan yang berdekatan untuk kali yang terakhir. lepasni memang takde shopping-shopping lagi dah. sebab beg-beg semua dah nak kemas :) 

Hari Kesepuluh dan Kesebelas - 26 - 27 Jan // Isnin - Selasa (MEK / JED / KUL)

          Pagi tu, lepas siap kemas beg semua, terus susun beg dekat lobi hotel. sebab lepas asar, kitaorang semua dah nak bertolak ke Jeddah. dah nak balik dah wehhh T.T So, sebelum Asar, kitaorang semua dah ke Masjid Al-Haram untuk buat tawaf wida'. dinasihatkan lepas je buat tawaf wida' kita dah tak boleh beli apa-apa barang dekat tanah haram. even nak sedekah pun dah tak boleh dah. so lepas je solat Asar, terus buat tawaf wida'. I'm crying so bad. tak sanggup nak tinggalkan tanah haram sebenarnya. tapi nak buat cemana kan? berdoa je la semoga dapat datang lagi. mengadap kiblat yang satu tu T.T

Kaabah. pandangan daripada tingkat tiga (tawaf)

Mak tok ngan Abah. deep in their hearts. dorang sedih nak tinggalkan Mekah.
tah bila agaknya sampai tanah suci lagi kan? semoga Allah panjangkan umur
maktok dengan abah, bagi maktok dengan abah kesihatan yang berpanjangan :)

Gambar di'capture' oleh warga luar. hehe thank you :)

Abang Ai ambilkan gambar. tapi.... -_- lepas dah ambilkan
dia boleh bantai gelak. konghajoooo!

Lepas dah buat tawaf wida' semua. kita balik ke hotel nak tunggu bas. dah masuk waktu maghrib bas pun sampai. lepastu bertolaklah kita ke Jeddah (airport). perjalanan agak jauh. serious penat + sedih bercampur-baur. tengah duduk dalam bas, ternampak satu signboard besar tulis "Al-Haram Ends Here" maksudnya, kita dah takde dalam tanah haram lagi. T.T 

          Sampai bandar Jeddah, berhenti dalam sejam lebih untuk beli makanan ke, beli air ke. Jeddah memang bandar besar. ibaratnya macam Kuala Lumpur. bangunan moden tinggi-tinggi. diterangi cahaya lampu (cehh ayat BM sangat ko) 

Perjalanan memang lama. tengah malam (27 Jan) baru sampai airport. flight pukul 4.25 pagi. agak jenuh jugak menunggu. dalam keadaan yang sangat penat. tidur pun main-main je. yelah mana nak tidur betul. time ni memang tak terfikir nak ambil gambar. sebab mood semua dah hilang. tinggal mood sedih + penat je. tulis entri ni pun berdasarkan cebisan-cebisan memori (kahkahhh ayat tuu ayat ) 

          Kastam Arab ni garang betul. yang perempuan semua check dekat kawasan tertutup. memang habis kena "touch my body" (ala-ala lagu SISTAR) semua. Masa dalam flight dari Jeddah ke Doha (transit sekejap), memang mood hilang. pramugara hidangkan sarapan. Ai pilih scramble egg. lagi satu menu, dia sediakan pancake. ingatkan SEDAP ah scramble egg tu sebab dah kebulur kan. last-last makan dua sudu pastu dah. Ai mintak 'tea'. dia boleh tak bagi gula? dengan muka tak malu, Ai mintak gula orang sebelah (nasib baik dia bagi wkwkw)

Lepas dah transit, dari Doha ke Kuala Lumpur. dia bagi lagi breakfast. ok kali ni Ai mintak blueberry pancake. masih lagi fikir ni sedap ni. sedap dia manis-manis gitew. sesuap, dua suap tiga suap. ok dahh taknak. apesal tetiba tak ok makanan Qatar Airways nih? masa flight pergi haritu kemain semua makanan Ai bedal sampai licin. dah kenapaaa?

         Berjam-jam masa berlalu. Ai terbangun sebab bau roti. SEDAP!! dia serve roti cecah dengan jem. nyam nyammm yang ni no doubt. sedap gila! rasa cam nak mintak lagi tapi segan gilosss. (dahlah belakang seat Ai, crush Ai duduk. malu sehhh) dah makan, sambung tidur. jauh lagi nak sampai KLIA nihh.

          Pukul 8.30 malam. selamat mendarat. Alhamdulillah sampai dah Malaysia! dari KLIA dah ada bas yang tunggu nak bawak kitaorang balik Segamat. lepas tu berhenti kejap dekat Seremban untuk solat dan makan (dah sampai Malaysia perut ni cam tau2 je.) dah siap makan semua, teruskan perjalanan balik Segamat. sampai Segamat dalam pukul 1 lebih (pagi). sampai-sampai je rumah, Ai cuci muka lepas tu terus tidur. tak tahan sangat dah. beg-beg semua kemas NANTI.

Overall. this umrah was a very SPECIAL birthday gift for me from umi and ayah. memandangkan birthday Ai 28 Januari. memang ngam sangat dengan waktu balik tu. tapi semorang jetlag. maka tak sambut pape. hahahaha takpe. ni pun dah special sangat!

Comments

Mialia Amelia said…
bertuah, muda2 dapat lawat ke tanah suci :) errrr, crush pon pergi ? o.O muehehe
A'eshah Badrul said…
mialia : auch!! crush kebetulan. hahah balik umrah dah lupa dah kat dia wkwkwk insya Allah, mana tahu pasni turn awak pulak kann hee

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…

Giveaway Time By Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum.

Giveaway kali ini merupakan giveaway kedua yang aku buat, dan akan dijalankan selama 2 minggu. Yeayyyy, tepuk tangan. Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni rasanya nak share dekat para blogger semua. Aku harap, ramailah yang sudi nak join giveaway aku ni. Hadiah kali ni istimewa sikit sebab korang berpeluang dapat 1 set produk kecantikan organik. Eksited tak? Selain tu, 2 helai wide shawl akan diberikan pada pemenang-pemenang yang bertuah.


Klik banner untuk join. 
Hadiah produk kecantikan organik ini ditaja oleh Qayra Signature . Di mana, produk-produk Qayra ni semuanya diperbuat daripada bahan-bahan organik yang semestinya halal dan selamat. Manakala, hadiah wide shawl pula ditaja oleh aku sendiri, sebagai tuan punya blog.
Set produk kecantikan : 1 Turmeric Cream, 1 Turmeric Soap & 1 Organic foundation.

Syarat Wajib Giveaway Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Time by Aishah Badrulhisham"Follow blog : Aishah BadrulhishamFollow Instagram : @aishah.b…