Skip to main content

Travelog: Perjalanan Ke Tanah Suci [Part 6]

Assalamualaikum.

Hai. harini Ai nak sambung balik pasal entri umrah Ai yang dah terbengkalai. T.T tulahh orang kata, buat kerja biar sampai habis. jangan tertunggak. ok let's began..

Hari Kelima dan Keenam - 21 - 22 Jan // Rabu - Khamis (MEK)

          Pagi tu macam biasa, bangun awal pagi (seawal 2 pagi) siap-siap ke Masjid Al-Haram untuk solat Subuh. lepastu, balik hotel untuk sarapan. lepas sarapan bolehlah nak rehat-rehat ataupun baring-baring kejap. sebab lepastu dah nak pergi ziarah huu best sangat kalau sampai waktu ziarah.

          Dua hari tu memang kita pergi ziarah je. sebab kalau nak berziarah dalam masa sehari memanglah tak sempat. sebabnya, dalam rombongan umrah Ai ada orang-orang tua. biasalah cepat penat kann. lepastu, kalau boleh kitaorang nak solat waktu dekat Masjid Al-Haram :) sebab suka nanti dapat ambil air zamzam sejuk bawak balik hotel banyak-banyak meheheh XD

Dalam masa dua hari tu, kitaorang dibawa ziarah ke Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah (tempat jemaah Haji wukuf), Muzdalifah dan Mina (tempat jemaah Haji bermalam)


Senanya Ai pun dah lupa ni Jabal (bukit) apa. kang main tulis kang salah erghh. 
nilah padah bila tak jot down lepastu entri terbengkalai. padanlah muka kau Aishah -_-

Me with Maktok and Abah. berniqab sebab habuk dan debu halus. 
tak tahann pulaktu time ni dah start selsema. memang payah nak 
tidur malam T.T takpe, sakit penghapus dosa. sabarlah nakk~


Me. again. and and I had a crush dekat orang belakang yang berjubah hitam tu.
kahkahhkahhh sempat eh?! kau buat umrah nak beribadat ke menggatal?
perangai betullah! haahahaa

 
Me di Jabal Rahmah. orang kata ni tempat MUSTAJAB doa kalau nak dapat jodoh.
Ai.. Ai... doa jugakk HAHAHA (tapi dari bawah je, tak naik pun. ramai orang)

View of Jabal Rahmah


Puncak Jabal Rahmah

Sepanjang perjalanan ke kawasan-kawasan jemaah Haji


Khemah-khemah untuk jemaah Haji bermalam. ada berpuluh-puluh ribu khemah.
seriously tak terkira wehhh. sepanjang jalan tu memang penuh dengan khemah-khemah putih ni.
yelaa korang boleh bayangkan kan, berapa ramai jemaah Haji setiap tahun? Masya-Allah


 Hari Ketujuh - 23 Jan // Jumaat (MEK)

Hari ketujuh merupakan aktiviti bebas! sebab jemaah umrah lelaki semua pergi solat Jumaat. awal-awal lagi dah kena pergi masjid (seawal 9 / 10 pagi) kalau lambat, alamatnya, solat atas jalan raya laa~ ada yang solat atas lori lagi tauu. bawah hotel Ai penuh dengan orang solat Jumaat (punyalah penuh masjid) antara masjid dengan Hotel Ai lebih kurang 1.5 KM bayangkan wehh ni baru Umrah. kalau Haji?

          Jadi, untuk kaum perempuan yang tak solat Jumaat ni kitaorang duduklah dalam hotel. beribadat dalam hotel. tapi Ai? err sambung tidur, teruk punya perangai. kat tanah suci oii. sebenarnya tak sihat masa tu. haihhh sambil baring-baring tu, Ai buka tv sebab dia tengah tayangkan LIVE update dekat Masjid Al-Haram. dapat pahala peeeee. heeee~

Lepas kaum lelaki dah balik solat Jumaat, kita lunch pulak. lepas lunch, masing-masing pergi turun bawah bershopping. hotel Ai memang dekat pun dengan kedai-kedai souvinier. so, Ai and family jalan kaki je bershopping. depan hotel ada shopping complex besar. dalam tu ada Bin Dawood, kepci arab (KFC arab) pun adaa untuk korang yang tekak so-western.

Tasbih memang banyak sangat jual. tasbih tulang unta ada.
tasbih mutiara (Ai nak sangat tapi tak dapat T.T) pun adaa 
tasbih digital, lagilah ada cuma 5 riyal.

Shopping kompleks tu besar GILA. pintu keluar dia terus ke Masjid Al-Haram.
turun je eskelator terus nampak Masjid Al-Haram.
seriously pemandangan indah ;D

Selain daripada minum air masak, kami juga beli air buah-buahan.
sedap dan sedap :) air kotak tu dapat percuma. ada orang baik hati sedekah.
masa tu, Ai dengan jemaah lain baru balik dari masjid lepas buat Umrah yang pertama.
memang penat GILA waktu tu. siap buat Umrah wajib pukul 4 PAGI. on the way balik ke hotel,
orang arab tu bagi sekotak air dengan roti. rezeki. Alhamdulillah.

5 riyal (kalau tak silap) saiz gedabak! tak boleh makan sorang. confirm tak abis.
walaupun makan berkongsi, tetap  berhari-hari nak abis. jajan ni Ai beli dekat 
Jabal Rahmah. dekat tepi-tepi tu ada lori jual jajan. meheheh~

Selfie tepi eskelator. senanya, eskelator ni tak bergerak pon.
tak pastilah dia rosak ke apa ke. nampak belakang tu? haa tudia Masjid Al-Haram

Dalam Bin Dawood. Bin Dawood ni ala-ala Mydin. 
jual semua barang-barang dapur. Ai survey-survey harga. ermm
agak mahal berbanding dekat Malaysia.

End of part 6. esok Ai sambung Part 7 pulaa. sekarang drama Marathon. tehehee

p/s: Ai nak kasi flashback kat sesiapa yang belum baca travelog umrah Ai :





Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…

Giveaway Time By Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum.

Giveaway kali ini merupakan giveaway kedua yang aku buat, dan akan dijalankan selama 2 minggu. Yeayyyy, tepuk tangan. Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni rasanya nak share dekat para blogger semua. Aku harap, ramailah yang sudi nak join giveaway aku ni. Hadiah kali ni istimewa sikit sebab korang berpeluang dapat 1 set produk kecantikan organik. Eksited tak? Selain tu, 2 helai wide shawl akan diberikan pada pemenang-pemenang yang bertuah.


Klik banner untuk join. 
Hadiah produk kecantikan organik ini ditaja oleh Qayra Signature . Di mana, produk-produk Qayra ni semuanya diperbuat daripada bahan-bahan organik yang semestinya halal dan selamat. Manakala, hadiah wide shawl pula ditaja oleh aku sendiri, sebagai tuan punya blog.
Set produk kecantikan : 1 Turmeric Cream, 1 Turmeric Soap & 1 Organic foundation.

Syarat Wajib Giveaway Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Time by Aishah Badrulhisham"Follow blog : Aishah BadrulhishamFollow Instagram : @aishah.b…