Skip to main content

Ikhtiar Perubatan Islam

Assalamualaikum.

Hai. Sebenarnya, umi Ai memang dah lama tak sihat. sebulan lepas daripada balik umrah. macam-macam benda jadi. mula-mula mood umi Ai macam tak berapa ok. tak kisahlah kan. mungkin sebab hormon. lepas dia jaga kakak Ai berpantang (masa tu kakak Ai dah balik JB) umi Ai gaduh sakit pinggang. memang teruk sangat masa tu. sampai nak tidur pun tak boleh. lepas beberapa minggu, sakit belakang dah hilang.

          Hilang sakit belakang, tiba-tiba umi demam. teruk jugaklah waktu tu sampai seminggu tak kebah. masa tu takde sarapan pagi, takde makanan untuk tengah hari. makan malam pun beli je. baju-baju pun Ai yang basuh. umi memang dah tak larat langsung.

Dah seminggu demam tak baik-baik, terus bawak pergi klinik takut suspek denggi. yelaa umi ngadu sakit kepala, hilang selera makan, tekak rasa pahit, macam-macamlah. klinik kerajaan dah pergi, klinik swasta pun dah pergi. overall doktor cakap takde pape. oklaa, makan je ubat. mana tau dua tiga hari lagi baik ke.

         Sampai masa dah nak pergi vacay Langkawi. umi masih jugak tak berapa sihat. tapi umi gagahkan juga diri. Ai pun bawak bekal Ephyra untuk bagi umi tenaga extra. alhamdulillah, sepanjang dekat Langkawi, umi ada tenaga even keadaan tak berapa sihat.

Balik dari Langkawi, umi masih lagi lemah. masih tak larat nak buat kerja-kerja rumah. sampai demam datang balik. lama-lama umi tak tahan, umi ajak ayah pergi berubat tradisional. masuk ni, dah tiga malam duk ulang-alik pergi kampung tu berubat. nenek tu kata, umi mungkin ada 'benda' tegur. jadi dia suruh umi sapu air pinang (yang dah dibaca2) sambil selawat lepastu baca 3 qul sapu kat seluruh badan.

          Semalam kakak Ai tanya keadaan umi. Ai pun ceritalah. cakap yang umi masih lemah lagi, takde selera makan semua. so, kakak Ai belikan satu kotak air Anugerah untuk umi. lepastu ada sekali minyak Anugerah dengan Gamat King Anugerah. tu kira ikhtiar yang seterusnyalah.

Malam semalam, memang umi pergi lagi dekat tempat ubat tradisional tu. Alhamdulillah, nenek tu kata, ada banyak berkurang. harini Ai tengok umi macam dah ok sikit. alhamdulillah. kalau biasanya tu tengok muka umi lemah je. harini berseri sikit dah. (Ai siap kena tampo lagi sebab tidur tengah hari tadi kekeke - ada unsur dah nak baik lah tu) lepastu, pukul 7 tadi Ai pasang ayat-ayat ruqyah daripada iPad (volume max) - ayat ni bagus penawar sihir & gangguan jin.

          Harini, umi dah minum 1 liter air Anugerah, lepastu dah sapu minyak Anugerah dekat badan. sebelum tidur tadi umi dah minum sesudu Gamat King Anugerah. insya Allah, mudah-mudahan Allah sembuhkan penyakit umi. tak sangguplah kan tengok mak sakit. hilang seri rumah. :)

ni lah air Anugerah yang kakak Ai beli untuk umi. 

Minyak untuk menghalang gangguan makhluk halus

Gamat King Anugerah. merawat luka dan sakit dalaman.

Sebenarnya, ada banyak lagi produk-produk Anugerah ni. ada kismis, ada foundation, pencuci muka, lip gloss, set bersalin, ish macam-macam ada. yang paling penting dan bagusnya, semua produk Anugerah telah dibacakan dengan 30 juzuk ayat Al-Quran dan doa-doa pilihan. best kan?

          Yela, kita ni orang Islam. mula-mula sakit, pergi klinik, pergi hospital. tapi bila perubatan moden sendiri tak boleh diagnos penyakit kita, maknanya kita kena berbalik pada perubatan Islam. Al-Quran pun salah satu daripada penawar jugak kann? bukan setakat penawar, malah mukjizat, dan kalam Allah. memang hebat! ni semua ikhtiar. yang datangkan sakit tu Allah, yang sembuhkan penyakit pun Allah, jadinya kita ni selain ikhtiar, berserah je pada Allah. :) 

p/s: kalau korang nak try usha produk-produk best Anugerah, KLIK SINI



Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…

Temuduga Penolong Pegawai Farmasi

Hai.

          Selamat datang ke blog asing ini. For sure awak datang sini sebab dapat temuduga SPA bahagian Separa Perubatan kan? And for sure jawatan yang awak pilih ialah Penolong Pegawai Farmasi. Ok, terima kasih sebab sudi singgah. Harap entri ini dapat membantu untuk awak prepare apa yang patut. Oh, sebelum tu, tahniah ya sebab berjaya dalam Peperiksaan Online SPA.

1 April 2016




     Tarikh aku dapat panggilan surat temu duga tersebut. Syukur Alhamdulillah. Disebabkan ada lagi 19 hari untuk prepare, maka macam-macam benda keluar dalam kepala.

"Apa nak prepare?'

"Soalan apa dia akan tanya?"

"Penemu duga tu agaknya macam mana?"

and so on.

Langkah pertama, aku whatsapp cousin dengan kawan aku. Sebab dorang berdua dah pass interview dengan jayanya dan sekarang tengah belajar dalam bidang nursing. Sambil-sambil tu ada jugalah aku cari bloggers yang dah ada pengalaman interview separa perubatan SPA ni (macam yang awak tengah buat ni). So, daripada tips dorang, …