Skip to main content

Hari Kami Buat Kecoh

Assalamualaikum.

Hai. hari yang paling best sekali untuk Ai ialah bila dapat spend masa dengan kawan-kawan. haahah best gila bak hang. harini, Ai dengan kawan-kawan semua decide nak melepak dekat sekolah. masa sekolah kemain payah nak pegi sekolah. eh, dah habis sekolah kemain rajin pula nak jejak kaki.

          Sebenarnya takde la rajin mana kan nak gi sekolah tu. habis tu, dah cikgu kaunseling kata ada kerja yang nak dibuat. jadi, kitaorang datanglah berlima (lagi dua orang sibuk buat 'peta' kat rumah hahah) tup tup dah sampai sekolah, takde satu kerja pun. lulzz sebab semua kerja-kerja tu bekas PRS tahun lepas dah buat. last-last kitaorang end up bergelak ketawa dalam bilik kaunseling.

Gelak punya gelak sampai kena tegur dengan Cikgu Rushana "hai engkorang ni, macam dah setahun tak jumpa. ada je ceritanya!" cikgu macamlah tak kenal kitaorang ni kan. manalah pernah diam. kalau kata dah berkumpul tu, memang tak sah kalau tak buat bising. agak-agak dah penat diam kejap (kejap je). dah diam pun dengar cikgu menegur dari dalam bilik. "Eh, dah balik ke diaorang tu? senyap pulak tetiba?" belum habis cikgu bercakap, kitaorang dah sambung gelak balik. hahahaahah takkan boleh stop punya.

perkenalkan, dari kiri : diriku sendiri, Akem (budak 8A haha),
Aina dan Hajar (kitaorang prefer panggil dia Opah)

takde kerja, jadi kami kerja selfie (part time job)

tak cukup kalau setakat satu gambar je wehh

balalal. ketawa tak ingat dunia sehh~

Coming!! hahaha semua mental.

          Agaknya cikgu kesian tengok kitaorang takde buat benda. cikgu tunjukkan kitaorang laman web IMASCU. laman web ni dicipta khas untuk para pelajar buat semakan samada keputusan SPM tu layak ke tak dengan permohonan UPU tu. tengah-tengah bincang pasal IMASCU, tetiba budak form 5 (junior kitaorang) masuk bilik kaunseling. dan semestinya aku menjadi mangsa pertama diaorang. "Kakak Aishah dapat berapa A" lahai dikkk nak tahu ke? hahha -_-" dorang malas nak tanya Akem sebab satu sekolah tahu dia dapat 8A 1B huahhh T.T

Habis sesi bebincang, kitaorang start balik buat bising. macam biasa memang kitaorang ni tak pernah kenal erti penat lelah bercakap (gitew kan). tak lama lepas tu, Cikgu Suriati datang bagi kitaorang kerja. hahah akhirnya ada pun kerja. cikgu Suriati kata dia suka kitaorang ada. meriah bilik kaunseling. kalau nak datang hari-hari pun bagus. hahaha cikgu dah kena penangan 'happy virus' kitaorang.

setelah sekian lama baru dapat kerja. ngehh.

          Pukul 12.30 tgh hari kitaorang siap buat kerja. pastu dengan slumber badak pergi makan kat kantin. hahah. budak-budak sesi petang kemain pandang atas bawah atas bawah. lulzz adik-adik tak kenal kami takyah la duk pandang gitu. apa salah seh beli makanan kat kantin. kitaorang lapar. lagipun kitaorang bekas pelajar. wek wekkk!
lunch pertama sebagai bekas murid. wkwkwk

Dah pukul 1p.m  baru decide nak balik rumah. tapi hari kitaorang tak habis kat situ je okehh. Akem ngan Hajar ikut balik rumah aku. kitaorang sambung tengok horror movie. hahahah ingat sesenang ke kitaorang nak balik rumah? takde maknanya. mesti ada agenda lain. daripada duk termenung kat rumah, baik lepak sesama layan movie. hahahaahha memang kecoh habis harini. yelaaa, lepasni kalau masing-masing dah sambung belajar, dah jarang nak jumpa kan? sementara ada masa ni, baikla kitaorang guna dengan sebaik mungkin. heheh :P

movie time. katil sape lah serabai semacam ni kan?
bilik anak dara ke ni oii. hahahah!




Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…

Temuduga Penolong Pegawai Farmasi

Hai.

          Selamat datang ke blog asing ini. For sure awak datang sini sebab dapat temuduga SPA bahagian Separa Perubatan kan? And for sure jawatan yang awak pilih ialah Penolong Pegawai Farmasi. Ok, terima kasih sebab sudi singgah. Harap entri ini dapat membantu untuk awak prepare apa yang patut. Oh, sebelum tu, tahniah ya sebab berjaya dalam Peperiksaan Online SPA.

1 April 2016




     Tarikh aku dapat panggilan surat temu duga tersebut. Syukur Alhamdulillah. Disebabkan ada lagi 19 hari untuk prepare, maka macam-macam benda keluar dalam kepala.

"Apa nak prepare?'

"Soalan apa dia akan tanya?"

"Penemu duga tu agaknya macam mana?"

and so on.

Langkah pertama, aku whatsapp cousin dengan kawan aku. Sebab dorang berdua dah pass interview dengan jayanya dan sekarang tengah belajar dalam bidang nursing. Sambil-sambil tu ada jugalah aku cari bloggers yang dah ada pengalaman interview separa perubatan SPA ni (macam yang awak tengah buat ni). So, daripada tips dorang, …