Skip to main content

Travelog: Perjalanan Ke Tanah Suci [Part 5]

Hari Keempat - 20 Jan / Selasa (MED-MEK)

Assalamualaikum.

          Hari tu merupakan hari terakhir aku di Madinah. macam biasa bangun awal pagi, nak pergi masjid Solat Subuh (Subuh yang terakhir di Madinah sebelum bertolak ke Mekah). sedih dan sayu. sebelum zohor tu, kitaorang siap-siap mandi, nak pergi masjid sebab nak buat ziarah Wida' dengan Rasulullah. sedih sangat-sangat. berharap sangat yang ni bukan umrah yang terakhir. memang nak sangat datang lagi (mungkin banyak kali lagi, sebab memang takkan pernah serik dan puas) lepas zohor kitaorang dah nak bertolak ke Mekah, beg-beg semua dah siap kemas, dah bawak turun lobi sejak awal pagi tu. yang lelaki-lelaki semua pun dah siap pakai ihram.

Last Subuh (menggigil-gigil kesejukan ni)




Air zamzam shot (gitew) ni versi
kat Masjid Nabawi

Depan pintu Masjid Nabawi 
lepas ziarah Wida'


Selamat tinggal Madinah :)
semoga berjumpa lagi Insya Allah

Maka perjalanan ke Tanah Suci Mekah pun bermula. kematu jugaklah duduk dalam bas 8 jam. lepas Zohor bas mula bertolak. Bas bawa kitaorang semua pergi Bir Ali sebab nak berniat ihram. dah dalam ihram, kenalah jaga segala pantang larang dalam ihram (tak boleh potong kuku, mencium / memakai bau-bauan dan banyak lagi. ada 13 semuanya) lepas tu perjalan diteruskan. adalah berhenti sekejap dekat perhentian rehat (taktau kat mana) untuk solat maghrib dan isyak.lepas siap solat, kita mengisi perut. lapar gila kot. 


Makan kebab je~ nomnom

          Sampai Mekah lebih kurang pukul 12 lebih pagi. sampai je dekat Mekah, terus check-in hotel (Hotel Diyafat Mubarak) dah siap masukkan beg-beg dalam bilik hotel, kitaorang terus ke Masjid Al-Haram untuk mengerjakan umrah wajib yang pertama. perjalanan dari hotel ke masjid, jauh sikitlah kalau nak dibandingkan masa dekat Madinah (lebih kurang 1.5km macam tu). Umrah kitaorang diketuai oleh seorang ustaz. Nama dia Ustaz Tabrani. 


Hotel View. bilik aku tingkat 9. tinggi woahh

Kali pertama nampak Kaabah. there's no word to express. benda pertama yang keluar mestilah air mata. air mata keinsafan, air mata tanda kesyukuran, air mata tanda kebahagiaan. susah nak cerita macam mana rasa dia bila nampak Kaabah dengan mata kepala kita sendiri. rasa dia tak sama macam kita tengok dekat tv ataupun dalam gambar. 

Sejurus selepas tawaf. Can't stop crying!

         Dekat pukul 4 pagi barulah selesai umrah kitaorang yang pertama. ketua agensi pun suruh kitaorang balik hotel dan berehat. balik je hotel, semua orang dah knocked-out. aku pun dengan tak cuci muka, tak mandi, terus je rebah atas katil. tak larat aih, nak bukak beg, mandi bagai semua. tidur je terus. (takpe, penat tapi seronok :D) sedar tak sedar dah pukul 6 lebih (nasib tak terlajak Subuh hahah)



Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…

Giveaway Time By Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum.

Giveaway kali ini merupakan giveaway kedua yang aku buat, dan akan dijalankan selama 2 minggu. Yeayyyy, tepuk tangan. Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni rasanya nak share dekat para blogger semua. Aku harap, ramailah yang sudi nak join giveaway aku ni. Hadiah kali ni istimewa sikit sebab korang berpeluang dapat 1 set produk kecantikan organik. Eksited tak? Selain tu, 2 helai wide shawl akan diberikan pada pemenang-pemenang yang bertuah.


Klik banner untuk join. 
Hadiah produk kecantikan organik ini ditaja oleh Qayra Signature . Di mana, produk-produk Qayra ni semuanya diperbuat daripada bahan-bahan organik yang semestinya halal dan selamat. Manakala, hadiah wide shawl pula ditaja oleh aku sendiri, sebagai tuan punya blog.
Set produk kecantikan : 1 Turmeric Cream, 1 Turmeric Soap & 1 Organic foundation.

Syarat Wajib Giveaway Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Time by Aishah Badrulhisham"Follow blog : Aishah BadrulhishamFollow Instagram : @aishah.b…