Skip to main content

Travelog: Perjalanan Ke Tanah Suci [Part 4]

Hari Ketiga - 19 Jan / Isnin (MED)

Assalamualaikum.


          Perjalanan hari ketiga ni kitaorang semua pergi melawat masjid-masjid, pergi Jabal Uhud dan Ladang Kurma.


Destinasi pertama ialah ke Masjid Quba'. for your information, Masjid Quba' meruapakan masjid pertama yang dibina oleh umat Islam dan diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW. Masa sampai dekat kawasan masjid tu, dah penuh dengan bas-bas daripada agensi-agensi lain (termasuk orang dari luar negara). memang terlalu ramai orang pergi masjid Quba'. ustaz yang lead kitaorang memperuntukkan masa hanya 20 minit untuk kitaorang buat solat sunat. nak taknak, kena la berebut-rebut lagi nak berwuduk dengan orang asing. Alhamdulillah sempat :) 



Sabda Nabi SAW lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)


Inilah dia Masjid Quba'


Tengok, orang terlalu ramai dan kesuntukan masa, 
jadi tak dapatlah saya nak berselfie (gitew)

          Perjalanan diteruskan lagi ke Ladang Kurma. dalam perjalanan nak ke Ladang Kurma, bas kitaorang lalu dekat Masjid Tujuh dan Masjid Qiblatain (akibat megejar masa, jadi kitaorang takdelah turun ke masjid-masjid tersebut). but aku brief sikitlah eh pasal Masjid Tujuh dan Masjid Qiblatain ni. :) ok, Masjid Qiblatain ni bermaksud masjid yang mempunyai dua kiblat dan ia merupakan masjid yang terkenal di Kota Madinah. Hal ini terjadi ketika Rasulullah SAW sedang solat Zohor dengan menghadap ke arah Masjidil Aqsa, tiba-tiba turunlah wahyu Surah Al-Baqarah ayat 144. macam tu la ceritanya. 

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Alkitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.” 

Tentang Masjid Tujuh pula, masjid ini merupakan gabungan dari tujuh masjid kecil, yang sebenarnya hanya enam masjid ditambah dengan Masjid Qiblatain yang dikunjungi dalam waktu yang bersamaan sehingga disebut dengan Masjid Tujuh. 

         Jalan, jalan dan jalan lagi. maka sampailah pula ke Ladang Kurma. kat ladang tu jual pelbagai jenis kurma. cakap je nak kurma apa. selain tu, ada juga jual pelbagai jenis coklat yang sedap-sedap. haa, family aku beli coklat je kat sana. kurma kan dah beli haritu. so borong coklat je laa. hee sedap betul coklat nyaa. 

Sebab kat atas tu abang aku dan bukan aku


konon la nak pose macam model depan ladang kurma ni haa.
cukup menggelikan ketiak anda tak? hahah!


pokok kurma ditangkap tumbuh dengan 
jayanya di sebelah kedai. *caption benda tah

Dah selesai borong kurma, kita pergi Jabal Uhud (Bukit Uhud) pula. Jabal Uhud merupakan bukit yang dijanjikan syurga oleh Allah. even kita yang tengok Jabal Uhud, insya Allah akan tengok lagi Jabal Uhud ni dekat syurga. Allahuakbar. tak rasa best ke? 

Jabal Uhud (bukit yang masuk Syurga)


insan yang nak tengok lagi Bukit Uhud dalam syurga
(insya Allah)


the Familia di Bukit Uhud

          Maka dengan ini, selesai sudah ziarah luar kita di bandar Madinah. maka entri seterusnya beralih ke Kota Suci Mekah pula. anticipating tak? agak sedih juga nak tinggalkan Bandar Madinah yang banyak sangat pengajaran, pengalaman dan memori yang aku dah cipta // peroleh. macam yang aku pernah tulis dalam entri yang lepas, setiap hari pun kita belajar benda baru. :) 



Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…

Giveaway Time By Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum.

Giveaway kali ini merupakan giveaway kedua yang aku buat, dan akan dijalankan selama 2 minggu. Yeayyyy, tepuk tangan. Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni rasanya nak share dekat para blogger semua. Aku harap, ramailah yang sudi nak join giveaway aku ni. Hadiah kali ni istimewa sikit sebab korang berpeluang dapat 1 set produk kecantikan organik. Eksited tak? Selain tu, 2 helai wide shawl akan diberikan pada pemenang-pemenang yang bertuah.


Klik banner untuk join. 
Hadiah produk kecantikan organik ini ditaja oleh Qayra Signature . Di mana, produk-produk Qayra ni semuanya diperbuat daripada bahan-bahan organik yang semestinya halal dan selamat. Manakala, hadiah wide shawl pula ditaja oleh aku sendiri, sebagai tuan punya blog.
Set produk kecantikan : 1 Turmeric Cream, 1 Turmeric Soap & 1 Organic foundation.

Syarat Wajib Giveaway Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Time by Aishah Badrulhisham"Follow blog : Aishah BadrulhishamFollow Instagram : @aishah.b…