Skip to main content

Travelog: Perjalanan Ke Tanah Suci [Part 3]

Hari Kedua - 18 Jan / Ahad (MED)

Assalamualaikum.

        Pagi tu aku dah bangun seawal 3 pagi nak pergi masjid dengan Umi dan Maktok. biasalah tu kena bangun awal, pergi awal. kalau tak nanti payah nak dapat tempat yang selesa sikit kat dalam tu. sebabnya, Masjid setiap waktu akan dipenuhi ramai orang. kalau lambat sikit, alamatnya solat dekat atas simen la takpun dekat luar (tapi setakat ni belum pernah solat kat luar).

Benda paling challenging sekali bila dah masuk masjid ialah tahan kentut. kenapa? sebab Subuh masuk pukul 5.50 pagi. aku dah pergi masjid pukul 3 pagi. jadi tendency untuk terkentut tu agak high. tempat wudhuk dahla jauh. means kita kena keluar masjid (kena angkut segala beg dan uncang kasut. nak elak daripada kena ambil. last-last tempat kena ambil T.T biasalah tu kalau dah ramai-ramai) sebenarnya Umi ada beli spray wudhuk. tapi setiap kali pergi masjid confirm lupa bawak. *sigh*

          Kali pertama solat Subuh dekat Madinah rasa blurr sekejap. sebab pukul 4.50 pagi dah azan. mati-matian aku ingat Subuh dah masuk. lepas habis azan aku dengan yakin bangun nak solat sunat Subuh. 15 minit kemudian. 30 minit kemudian. 50 minit kemudian. "Apesal tak solat Subuh lagi ni? tadi dah azan. takkan Pak Imam datang lambat kot?" macam-macam aku duk fikir. sejam lepastu (5.50 pagi) azan lagi sekali. 20 minit lepastu barulah start solat. laa rupanya azan pertama tadi nak kejutkan orang. hewheww~  setiap kali habis solat waktu akan ada solat jenazah (mula-mula pun aku blurr) "eh sembahyang apa pulak ni?"  tengok diaorang banyak kali takbir, sahlah solat jenazah.

Lepas balik solat Subuh, kitaorang semua pergi makan. Lepas makan, ada aktiviti bebas. maksudnya kitaorang boleh jalan-jalan cuci mata ke, shopping-shopping ke, sekitar bandar tu. Yeayy! Aku dengan family pun decide nak shopping barang-barang. Dari Malaysia lagi aku memang dah aim nak beli jubah banyak-banyak (gitew). senang pakai jubah je skang ni. hahah lagipun jubah-jubah kat sana semua saiz loose. selesai pakai! kalau beli jubah dekat dalam kedai (butik dia) nanti dia bagi percuma shawl. kalau beli yang jual lambak-lambak tu takde shawl. harga biasalah. yang jual lambak tu lagi murah sikit. kualiti not bad. tapi tapi tapi cam biasa la kena pandai bargain (menawar).

contoh jualan lambak. depan masjid lagi dia jual.


bukan setakat starbucks, H&M pun hado. tapi
aku tak pernah pulak nampak KFC // McDonald

penat shopping rehat beli aiskrim.
padahal tengah sejuk gila ni. boleh pulak
bantai makan aiskrim. hahah

asalnya nak selfie sendiri. eh dia lalu pastu
siap posing. ah ambik je la gambar dia. 

Abang jual aiskrim (abang ek? bolehla tu)

Selfie aiskrim

sape yang snap ni? duhh failed! 

With Maktok (masa ni Maktok sihat lagi. belum demam-demam)
tak puas hati dengan tudung sendiri. depan sangat kenapa weh?!

          Dua jam meneroka bandar Madinah, masa untuk siap-siap pergi masjid (solat Zohor pula). Lepas makan, kita keluar jalan jauh sikit. kali ni kena naik bas. mula-mula pergi Perkuburan Baqi' (sekadar lalu, bagi salam dan berdoa dalam bas) tak pastilah kenapa tak turun. T.T lepastu pergi ladang unta. sampai ladang unta, aku stunned sendiri. comel juga unta ni kan. kenapa selama ni aku macam tak perasan? susu unta pun ada jual. ayah beli satu botol. rasa dia not bad. sedap. tapi tak tahan lama. kalau nak simpan lama kena masuk peti ais. tu pun tahan dalam beberapa hari je. agak-agak tanak kena cirit-birit dah beli tu cepat-cepat habiskan. 

comelnya kalian!

I love the Unta(s)

muah ciked Unta

First time nak merasa susu unta.
suka Pakcik tu kita beli susu unta dia.
moga murah rezeki ya :) nanti boleh buka
ladang unta besar. 

for somehow, I felt sad everytime I looked at this picture.
gigih Pakcik ni cari rezeki. setiap hari duduk 
bawah terik matahari tunggu orang datang ladang kecil dia.
May Allah bless you :)

Lepas dah melawat unta, pergi bukit magnet pula. keadaaan bukit masa tu tengah menurun tapi bas kitaorang rasa macam kena tarik keatas (dalam keadaan handbreak dilepaskan. giteww) dekat kawasan bukit magnet tu ada banyak kawasan lapang. tempat tu untuk berkelah. siap ada taman permainan, tapi taman permainan dia tak banyak macam dekat Malaysia. cuma ada buaian, gelongsor, jongkang-jongket. tu pun  seketul-seketul. keadaan memang panas terik waktu tu tapi angin dia sejuk gilaa (macam ais) patutlah dorang slumber berkelah tengah panas.

Bukit Magnet

Model bukit *muntah sekarang!*

Kumpulan Al-Muttakin sekalian

The Familia

lagi model bukit. hahaah!

Selesai tengok unta, jalan-jalan bukit magnet, kita pergi kedai kurma pula. kat sana aku tak membeli. sebab pagi tadi dah borong kurma dekat bandar Madinah. buat apa beli banyak-banyak kang haru nak kemas masuk beg. heheh. dengan itu, berakhirlah perjalanan untuk hari kedua. macam sikit pula aktiviti. tapi cukup la nak buat badan penat. :') penat tapi seronok. setiap hari belajar benda baru. 

sekitar kedai kurma

sekitar kedai kurma lagi.

dah dah jom balik. boleh pi masjid.






       

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…

Giveaway Time By Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum.

Giveaway kali ini merupakan giveaway kedua yang aku buat, dan akan dijalankan selama 2 minggu. Yeayyyy, tepuk tangan. Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni rasanya nak share dekat para blogger semua. Aku harap, ramailah yang sudi nak join giveaway aku ni. Hadiah kali ni istimewa sikit sebab korang berpeluang dapat 1 set produk kecantikan organik. Eksited tak? Selain tu, 2 helai wide shawl akan diberikan pada pemenang-pemenang yang bertuah.


Klik banner untuk join. 
Hadiah produk kecantikan organik ini ditaja oleh Qayra Signature . Di mana, produk-produk Qayra ni semuanya diperbuat daripada bahan-bahan organik yang semestinya halal dan selamat. Manakala, hadiah wide shawl pula ditaja oleh aku sendiri, sebagai tuan punya blog.
Set produk kecantikan : 1 Turmeric Cream, 1 Turmeric Soap & 1 Organic foundation.

Syarat Wajib Giveaway Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Time by Aishah Badrulhisham"Follow blog : Aishah BadrulhishamFollow Instagram : @aishah.b…