Skip to main content

Travelog: Legoland Water Theme Park

Assalamualaikum.

          Penat jaga anak sedara (eh, penat ke? hahah) dah hilang dan dah selamat pun duduk rumah (dah 3 hari balik. tu pon kecoh --") dan menikmati wifi yang unlimited hahaha! (kejam betul ketawa aku). entri haritu dah janji kan nak cakap pasal aktiviti kat JB? haa meh baca cerita kita.


first of all, nak cakap thank you banyak-banyak kat my Cik sebab sudi membelanja anak sedara dia ni sebuah blueberry cheese cake yang sedap tu. siap delivery kat rumah malam-malam. heheh thank you cik! nanti belanja lagi. eh? haha kidding! 




          6 Disember haritu my sis belanja pergi Legoland. It's my first time there! memang teringin beno nak pegi sana. mahal tu tak dinafikan la. lagi-lagi aku ni takde annual pass (kalau ada annual pass harga jadi murah gilaa --'') akak aku yang baik hati telah merealisasikan impian aku nak jejakkan kaki kat Legoland. disebabkan aku pergi waktu cuti, agak crowded jugakla Legoland tu. tapi takpe yang penting kita enjoy! (curi tagline ND jap)

memang kitaorang dah plan awal-awal nak pegi Legoland. pulak tu kat sana (JB) asyik hujan, tak hujan, hujan, tak hujan (berselang-seli). takut juga kalau sampai hari nak pergi tu hujan. dah tak dapat pergi. aku dah reda dah time tu, kalau kata hujan, maknanya takde rezeki lah tu nak pergi. tup tup pagi tu memang hujan. agak lebat jugaa. dalam hati tu macam kecewa jugakla. tapi nak buat macam mana. reda je la. tetiba dah nak dekat tengah hari, hujan pun reda. Alhamdulillah. cepat-cepat mandi, kemas baju semua terus pergi Legoland.

          sampai sana, still gerimis. takpelah. kalau kata hujan lebat, balik je laa. Alhamdulillah, tak hujan. malah langit makin cerah. haa ada rezeki lah tu? syukur syukur. dah settle beli tiket apa semua, pergi pulak cari locker nak isi barang (jangan risau, locker tu berkunci. cuma letak cap jari/nombor pin kalau nak unlock. lebih secure kan?). pastu tukar baju dan gedebushhh! masuk air. brrr best! and ice cold!

ni dah siap beli tiket. tinggal nak masuk dalam je. 
muka tu dah excited dah. tapi sorok dia punya 
senyum lebar tu. bhahah!

gigantic Mr. Lego


kat sini seronok. anak sedara aku memang enjoy gila main kat sini. cepat je dia hilang kalau kat sini. aku pun tak terkejar. haihhh. kudrat makcik tak sama macam kudrat cikenit nih --" jangan harap kau dapat pegang dia kalau dah sampai kat 'water bucket' ni. macam lipas kudung dia hilang. lenyap (nasib baik aku boleh nampak dia dari jauh). paling aku suka kat sini. dia punya 'water bucket' (nampak tak baldi besar kaler kuning tu?) nanti bila air dah penuh dalam bucket tu, dia akan curah ke bawah. woahh syok gila! semua orang tunggu bucket tu memuntahkan isi dalam. 

masa ni bucket hampir-hampir nak mencurah. 
tu yang muka precautious tu.
kahkahh

         dah sedap-sedap kat bucket, pindah pulak dekat 'sea fake' (nama-nama ni semua bukan nama dia yang real tau. aku je yang memandai-mandai letak. hah weirdo). sea fake ni dia macam laut la konon-kononya. siap ada ombak lagi. jangan risau Legoland Water Theme Park ni selamat dan bersih (life guard ada sana sini. so takyah risau kalau terlemas ke, buat-buat lemas ke). tapi kejap je dekat sea fake ni. anak sedara aku ni penakut tahap apa. asal kaki tak jejak dah gabra semacam (padahal masuk swimming class. aduhaii. life jacket ada nak oii). dah berendam dalam beberapa minit dalam sea fake, pergi makan pulakk. dah mandi-mandi mesti la perut lapar kan?

meh melantak nasi ayam Legoland. sebelum tu
apa kata selfie duluan. hehe

dengan burgernya, french friesnya, nasi ayamnya.
uihh, nomnomnom.

perut dah kenyang, sambung berendam. kali ni pergi dekat 'circle wave' (aku jugak yang bagi nama tu. sebab dia dalam bulatan besar. lepastu air tu akan gerakkan kita sendiri dalam keadaan anti-clockwise). dalam air tu bersepah-sepah lego. sambil berendam-rendam tu, boleh la kita kutip lego-lego tu nak buat robot ke, pistol ke, kapal ke apa ke. tak kisah. depends on your creativity. 

aku yang tak berapa nak berseni dan kreatif ni
cuma mampu hasilkan lego yang camni je. heheh :P
bolehla daripada takde kan?

         aku memang suka try benda-benda yang adventurous ni. so aku decide nak naik gigantic slide. tapi yang sedihnya, aku sorang je yang boleh naik. akak aku pregnant, so awal-awal dah out. anak sedara aku tu penakut. lagilah out. lagipun tinggi dia tak cukup nak naik gigantic slide tu. so, aku end up naik satu pelampung dengan orang asing. hahah. sebab life guard tu kata, kalau nak pelampung stable, at least kena ada tiga orang. mat saleh tu dua orang campur aku sorang. huh, perfect combination. memang awesome gila slide tu. best yang amat! rasa nak naik berkali-kali. tak takut langsung weh (well memang jenis aku suka benda yang extreme camtu. roller coaster pun aku sanggup naik. ahah)


korang macam mana? ada berani takk? 
heheh

uih boleh tahan panjang aku membebel malam ni kan? dah pukul 10.57 p.m rupanya. oklah. sampai sini dulu entri untuk harini. see you in next entri. annyeong! eh, kita lanje photo ok?! XD 














Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…

Giveaway Time By Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum.

Giveaway kali ini merupakan giveaway kedua yang aku buat, dan akan dijalankan selama 2 minggu. Yeayyyy, tepuk tangan. Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni rasanya nak share dekat para blogger semua. Aku harap, ramailah yang sudi nak join giveaway aku ni. Hadiah kali ni istimewa sikit sebab korang berpeluang dapat 1 set produk kecantikan organik. Eksited tak? Selain tu, 2 helai wide shawl akan diberikan pada pemenang-pemenang yang bertuah.


Klik banner untuk join. 
Hadiah produk kecantikan organik ini ditaja oleh Qayra Signature . Di mana, produk-produk Qayra ni semuanya diperbuat daripada bahan-bahan organik yang semestinya halal dan selamat. Manakala, hadiah wide shawl pula ditaja oleh aku sendiri, sebagai tuan punya blog.
Set produk kecantikan : 1 Turmeric Cream, 1 Turmeric Soap & 1 Organic foundation.

Syarat Wajib Giveaway Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Time by Aishah Badrulhisham"Follow blog : Aishah BadrulhishamFollow Instagram : @aishah.b…