Skip to main content

Kenangan Hari Raya

Assalamualaikum.

          Salam 6 Syawal. eh? dah masuk 6 Syawal dah. cepatnya masa berlalu. dan masih belum terlambat saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kan? hehehe.

Raya sekarang dah tak sama macam dulu. saya rasa raya dulu seronok sangat. tapi makin besar, kemeriahan raya tu dah tak semeriah and seseronok dulu. kalau dulu, seminggu atau beberapa hari sebelum raya, ayah akan bawa saya pergi bandar cari kad raya untuk bagi dekat kawan-kawan dan pos dekat kampung.

          masa tu seronok sangat pilih kad raya. design yang macam kartun-kartun untuk kawan-kawan. yang jenis besar sikit dan ada gambar kampung pulak untuk atuk dan nenek dekat kampung. sampai je rumah terus capai pen sebab tak sabar nak tulis kad raya, sebab esoknya nak ayah pos kad tu ke kampung.

dekat sekolah pula saya bagi semua kawan baik saya kad raya. paling best nanti dorang balas balik kad tu. seronok sangat. time raya je dapat berbalas-balas kad macam tu. hehehe. zaman kanak-kanak, semuanya indah belaka kan?

          sekarang takda lagi dah bagi-bagi kad  macam tu. sekarang zaman dah canggih, dari yang kecik sampai ke orang tua. tak mainlah pakai kad, semua pakai smartphone, tab, iPad dan sebagainya. semenjak masuk sekolah menengah, ayah pun dah takde suruh beli kad. jadi dah takde lagi kad untuk kampung. lagipun atuk dah takde jadi kad pun takde. :(

dulu-dulu, paling tak sabar nak balik kampung. setiap tahun, raya pertama saya akan balik Pontian. lepastu raya kedua ayah balik segamat tinggalkan umi, saya dan adik-beradik dekat kampung. masa tu saya seronok sebab nanti boleh main kat luar, boleh jalan kaki beraya rumah orang, boleh main buaian pokok kat rumah belakang. kalau ayah ada, saya tak berani nak buat sebab nanti ayah marah. saya pun taktau kenapa ayah tak bagi saya rapat dengan sepupu-sepupu saya, tak bagi main kat luar semua. hmmm.


jadi, pagi raya kedua tu, lepas ayah dah bertolak balik segamat, saya dan sepupu-sepupu pun sibuklah dengan aktiviti kitaorang. mandi sama-sama (kecik lagi masa tu), lepastu main pondok-pondok, main kahwin-kahwin. best sangat sampai tak ingat makan. lepastu bila petang, kitaorang pergi beraya kat rumah tokjah and rumah belakang. nanti umi terjerit-jerit panggil saya suruh balik. tapi saya tak peduli. bukan main jauh-jauh pun. hehe. lepas maghrib pulak, kitaorang satu family (ucu, makndak, makngah) pergi beraya kat rumah sedara-sedara jauh. dekat tengah malam baru balik. nanti dah raya kelima or keenam ayah jemput kitaorang balik Segamat.

          tapi, semenjak kak long dah kahwin dan pindah dekat Pulai, raya saya dah tak seronok macam dulu. sebab kitaorang satu family kena spend a night kat rumah kak long. ayah tak selesa tidur kat kampung lama-lama. jadi saya dah tak dapat buat rutin hari raya macam dulu lagi. hmmm. terkenang-kenang rasanya. raya kedua or ketiga je dah balik Segamat. hmm. tak dapat dah beraya kat kampung lama-lama. lagipun masing-masing dah besar panjang, main bersama merupakan satu benda yang dah tak relevan. semua sibuk dengan hal sendiri, dengan handphone sendiri. kami yang perempuan sempatlah spend our time together, tengok movie dalam bilik. tak gossip hal memasing. "TIME CHANGED, PEOPLE ALSO CHANGED"

anyway, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN semuaa. semoga raya kali ini dan seterusnya merupakan raya yang bermakna untuk korang semua! :D


p/s gambar by google images.



Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.
 Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)
          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.
My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman grammar, rea…

Resipi Nasi Serai

Assalamualaikum.
Hai.
Hari-hari asyik makan nasi putih je bosan juga kan? Kadang-kadang nak juga cuba resepi lain daripada yang lain. Nak cuba masak nasi minyak pun dah jemu makan. Sebab lepas raya ni ramai orang buat kenduri kahwin. Jadi, lepas scroll dekat Facebook terjumpa pula resepi Nasi Serai, jadi apa lagi teruslah cuba. Bahan-bahan pun senang dan ringkas je.



Bahan-bahan:

2 cawan beras basmathi2 sudu besar minyak sapiSedikit rempah 4 beradik (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga)3 batang serai (dititik)2 helai daun pandan diikatSetengah kuib pati ayam1 biji bawang besar (dihiris)1 inci halia (ditumbuk)4 ulas bawang (ditumbuk)3 cawan air (ikut cawan sukat nasi)Sedikit garam untuk perasa
Cara-cara :
Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. 
Kemudian hiris bawang besar dan titikkan serai Basuh rempah tiga beradik dengan mesra dan basuh juga berasa dan daun pandan sebersihnya dan toskan.

Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi. Kemudian masukkan rempah 4 b…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…